Ahad, 9 Januari 2011

Hadi, Anwar temu petang ini 'jernihkan' isu pertemuan 24 Disember

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengadakan pertemuan petang ini, langkah yang dilihat bertujuan menjernihkan hubungan Pakatan Rakyat (PR) yang bermula dengan siri isu sejak awal tahun ini.

Pertemuan tertutup itu akan diadakan beberapa jam sebelum majlis solat hajat dan ceramah perdana di Shah Alam malam ini.

Kedua-dua Hadi dan Anwar akan disertai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagi memperlihatkan solidariti pemimpin-pemimpin PR.

Agenda utama perjumpaan Ketua Pembangkang dan Presiden PAS itu dijangka memfokus pertemuan 24 Disember bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena majlis santapan di Istana Terengganu di sini.

Majlis itu yang diadakan atas undangan Yang di-Pertuan Agong dilihat bertujuan memulihkan kerjasama politik antara PAS-Umno atas nama perpaduan Melayu-Islam meskipun kedua-dua Najib dan Nik Aziz enggan mengulas agenda dan hasil pertemuan itu.

Bagaimanapun ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat ahli jawatankuasa kerja pusat, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin PR jika perlu.

Pertemuan 24 Disember juga disentuh pada mesyuarat hari ini, kata beliau.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider, pertemuan itu akan diadakan untuk mengatasi beberapa isu didepani perikatan tiga parti tersebut sejak awal tahun ini.

Selain isu perundingan kerjasama perpaduan, kemelut ekoran pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri juga dikatakan agenda utama memandangkan ia membabitkan istana dan sokongan pengundi Melayu.

“Tetapi saya tidak fikir ceramah (malam ini) akan menyentuh pertemuan malam menjelang Krismas. Ia (majlis malam ini) menyentuh pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, kes liwat Anwar dan juga Program 100 Hari jika kami mengambil alih kerajaan persekutuan,” katanya.-Themalaysianinsider baca lagi di sini.

Berkaitan;

Dialog tuntut penjelasan lanjut Nik Aziz-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Ajaklah Mat Sabu, Taib Azimudin sekali jumpa Anuar....kut-kut depa mau...

    BalasPadam