Selasa, 11 Januari 2011

Anwar pertahan Pas, sifatkan Hadi 'rakan setianya'

Gambar sebelah akhbar tak berkala 'Citra Keadilan' keluaran terbaru hari ini.
Sehari selepas perhimpunan anjuran PAS di Shah Alam, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mempertahankan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berhadapan dengan kritikan ekoran pertemuan bersama pemimpin Umno pada 24 Disember lalu.

Sehubungan itu, Anwar berkata, Hadi dan PAS telah memperlihatkan sokongan padunya kepada beliau ketika berhadapan dengan hukuman penjara pada 1999.

“Ketika saya dipenjarakan, mereka yang menyokong saya ialah PAS, (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz, dan Tok Guru Hadi Awang.

“Mereka menghimpunkan ribuan penyokong mereka untuk mendoakan kesejahteraan saya. Mereka rakan karib saya,” kata beliau ketika ceramah di Gombak malam tadi.

PAS mengadakan program solat hajat dan pidato perdana di Stadium Malawati Shah Alam kelmarin.

Anwar dikenakan hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan kesalahan salah guna kuasa dan liwat tetapi dibebaskan pada 2004.

Kedua-dua Anwar dan Hadi mengadakan pertemuan petang kelmarin untuk menjernihkan situasi ekoran pertemuan 24 Disember.

Malam tadi, Anwar juga memberikan amaran bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat.

“Ada banyak dakwaan tetapi semua itu hanya cerita semata-mata. Jangan percaya mereka,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.

Selepas pertemuan kelmarin, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu 24 Disember lalu-Themalaysianinsider.Baca lagi di sini.

Sudah-sudahlah masa semakin dekat hadapi pru 13, kalau dok kerja main tutup-tutup lepas tu pakat nafi kata , 'Cik tak buat apa pon, cik pi ja ..."..kerja nak melawan Umno jadi kerja lawan sama sendiri. Mau tak lawan sama sendiri masing-masing terpinga-pinga terkejut isu 24 Dis kembali muncul dalam saat nak hadapi prk Tenang dan pru 13..elok dah nak reda jadi lagi .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan