Khamis, 13 Januari 2011

Takkan Khir Toyo cakap bohong?

Khusrin:Sultan arah 'Datuk Seri' Khir digantung-Malaysiakini

Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Keputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Khusrin dalam satu kenyataan hari ini.

“Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” tambahnya.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” kata Khusrin.

Semalam, Dr Khir dalam blognya menulis beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

Beliau berkata pemulangan semula pingat itu bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.-Malaysiakini

Khusrin pulak hingga kini belum angkat sumpah depan MB Selangor untuk simpan rahsia kerajaan negeri. MB Selangor kata angkat sumpah Khusrin depan MB ialah selepas sidang khas dun pinda undang-undang tubuh kerajaan negeri untuk kembalikan kuasa melantik jawatan SUK dan jawatan penting kepada kerajaan negeri dan Sultan.Gaya Khusrin macam dia MB Selangor ha ha..Baca di sini.

Siapa yang cakap betul ? Khusrin atau Khir? Khir pulak ingat bila kes rasuah dah selesai mungkin boleh terlepas nak ambik balik pingat tu daripada Sultan.Kes Khir bukan besaq mana pun cuma kes beli tanah harga murah ja . Beli RM6.5 juta jual kat Khir RM 3.5 juta, bukan kes nak siasat dakwaan rumah Khir RM24 juta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan