DAP mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station.
Menurut Teo Chin Liang (kanan, duduk) - bapa kepada ahli Parlimen
DAP Serdang, Teo Nie Ching - dia dan agen undi DAP, Liew Choan Chee (kanan, berdiri), pergi ke dewan sekolah tersebut di mana mereka mendapati pintunya terbuka luas, yang menurut mereka tidak biasa berlaku pada hujung minggu.
Setibanya di situ, kata Teo, dia nampak beberapa orang lelaki Cina sedang duduk di sebuah kaunter. Dia kemudiannya didatangi tiga orang, yang bertanyakan mengapa dia berada di situ.
Teo menjawab dia hanya mahu melihat yang apa yang sedang berlaku di situ. Mengesyaki sesuatu, dia kemudiannya memanggil Liew yang berada di dalam kereta dan Liew datang serta mengambil gambar tiga orang berkenaan.
Meliha foto mereka diambil, ketiga-tiga mereka menjadi marah.
Menurut Teo, seorang daripada mereka yang berbaju putih, mengejar
Liew hingga ke keretanya dan mengarahkannya menyerah kameranya, dan mengancam akan menggunakan kekerasan jika Liew enggan berbuat demikian.
Liew, bagaimanapun, memberi amaran kepada penyokong ketiga-tiganya bahawa penyokong PAS akan sampai beberapa minit lagi. Mereka jadi takut dan beredar dari situ.
Setelah mereka pergi, kelihatan masih ada yang datang ke dewan sekolah tersebut.
Apabila ditemui Teo, beberapa orang berkata mereka diminta datang
oleh seorang yang dipanggil 'Ah Teck' untuk mengundi di situ, walaupun sekolah berkenaan bukan menjadi pusat pengundian.
Tertinggal di situ ialah cek RM3,000 yang telah dikoyak, dengan tandatangan ketua kampung yang juga pengerusi MCA Kampung Sawah Padi, Kok Yun Keong.
Cek bertarikh 27 Januari itu, ditulis "MCA cawangan Tenang" di atasnya, namun tiada nama penerima.-Gambar dan berita malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan