Ahad, 23 Januari 2011

Mana dia puak Umno ketika Islam dihina MCA

Saya juga ada pergi ke Tenang semalam. Kalau tengok daripada segi meriahnya bendera parti memang banyakla bendera kati atau dacing yang berkibar.Maklum la dalam kubu Umno-Bn tempat Umno beranak.Dalam pekan Labis penuh dengan bendera dacing.

Isu kempen murahan yang hina Islam dan pesta melondehkan Islam oleh puak MCA dan Umno yang menakut-nakutkan pengundi bukan Islam dengan isu negara Islam dan calon Pas tak bersalam dengan orang lelaki bukan islam dijadikan isu utama untuk tenggelamkan isu kenaikan harga barang, penyelewengan kerajaan Bn dan rasuah.

Umno memang jelas parti yang suka persendakan agama sendiri, jadi talibarut MCA untuk ganyang Islam, parti yang terang-terang tolak islam sebagai dasar perjuangan mereka.Umno iakan saja Islam diperkotak-katikkan MCA demi untuk menang di prk Tenang.Mana dia golongan agama Umno, ulama muda Umno, mufti yang sokong Umno , ngo-ngo yang lantang untuk bangun bantah tindakan MCA perlekehkan Islam dan hukum Islam?Mulut mereka jadi bisu demi nak jaga hati para pengundi bukan Islam supaya sokong Umno di Tenang.

Di sini kita boleh nampak dengan jelas bahawa Umno memang parti pelingkup agama sendiri , gadai maruah bangsa sendiri jauh sekali untuk martabatkan Islam ditempat yang sepatutnya.Demi untuk menang Umno biarkan MCA jadikan tangan Cikgu Mala dipolitikkan di Tenang. Tahniah Cikgu Mala yang berpegang kepada prinsip Islam walaupun tangan Cikgu jadi mangsa politik Umno dan MCA yang anti Islam!

Edit 24/1/11
Isu bersalam Harussani anggap Soi Lek hina Islam, perlu minta maaf-Themalaysianinsider
'Dia salam, peluk, tapi tipu sama kita'-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan