Menteri kabinet Najib yang jadi perogol amah semakin ketakutan apabila Malaysiakini pulak mengeluarkan laporan berkaitan kes rogol tersebut hari ini setelah Harakahdaily melaporkannya sejak seminggu yang lalu.
Mangsa rogol rayu identiti tidak terdedah-Malaysiakini
NGO Indonesia yang memperjuangkan kes dakwaan rogol oleh seorang menteri kabinet semasa pentadbiran mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan.
Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia.
Menurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa - yang disiarkan di beberapa blog - dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana “menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia.”
“Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia,” petik surat yang ditulis pada pertengahan 2007 itu yang merujuk kepada pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Ketika dihubungi ketika itu, pengarah Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta, Anis Hidayah memberitahu Malaysiakini mereka tidak boleh menghebahkan kes itu kerana mangsa dan keluarganya- meskipun telah menjalani sesi kaunseling - menolak untuk membuat kenyataan umum dan mengheret menteri berkenaan ke mahkamah.
Isu yang tertersorok selama tiga tahun itu muncul semula di alam siber sejak beberapa minggu lalu apabila ia dikatakan didedah oleh laman WikiLeaks.
Ketua pengarang The Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan juga menulis mengenai pendedahan WikiLeak dalam blog Rocky Bru kelolaannya. Menurut beliau Pejabat Perdana Menteri yang ketika itu di bawah Abdullah juga menerima laporan berkenaan.
Pada 27 Disember 2009, kumpulan pelindung pendatang asing, Tenaganita mendesak kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 19 Jun 2007 itu disiasat.
Pada laporan bertarikh Ogos 2007, Anis berkata perjumpaannya dengan mangsa berkenaan pada 24 Julai tahun yang sama di rumah mangsa di Madukara, Banjarnegara Jawa Tengah untuk mendapatkan maklumat.
Setelah dipujuk, mangsa berkenaan yang telah bekerja selama lapan tahun sebagai pembantu rumah kepada menteri berkenaan, akhirnya mengakui majikannya itu telah merogolnya.
Mangsa bagaimanapun merayu kepada Anis dan dua aktivis Migrant Care supaya kes perogolannya tidak dihebahkan kerana “bimbang malu ke atas dirinya, keluarga dan juga masyarakat di kampung mereka.”
Katanya, “beliau hanya orang kecil berbanding (menteri itu) adalah orang besar, jadi beliau amat takut dan meminta kes rogol itu ditutup,” petik laporan Anis.-Malaysiakini.
Woi! bala dah sampai dok tunggu apa lagi dalam Umno-Bn cepat-cepat keluar sebelum stunami muncul tanpa diduga. Putrajaya pun tak boleh pertahankan lagi malah rakyat kena sepak keluar segala pak menteri yang jijik dan kotor jadi perogol amah Indone.Inikah budaya Pak Menteri yang kaya dengan adat perpatih sampai letih kerjakan amah Indone! kalau tak betul saman Harakahdaily,saman Malaysiakini, saman wikileaks, saman rocky bru, jangan saman aku ha ha..
Tun Mahathir belum komen, PM Najib belum komen, Muhyiddin hilang suara,Pak Lah terus zzzzzzz, Rais Yatim sudah hilang...mana mau lari aaaa..Utusan Meloya buat -buat tak nampak, Berita Hairan tak terkejut sebab dah tahu lebih awal ha ha.
Tunggu ..semangat Melayu akan terus disalak, isu PR derhaka Raja akan diligatkan kalahkan piring hitam lagu A.Ramlee, semua ini mau tutup kasi rapat menteri rogol amah agar orang Melayu kata ini semua bohong! Melayu tak kisah , akak tak kisah , mak cik felda Tenang tak kisah yang kisah kalau harga kepala sawit dan getah jatuh! Dun Tenang Umno akan menang sebab Melayu tak kisah semua ni.Kita kisah kalau tak dapat jalan tar, tanah merah satu busut, kain pelikat sepasang , kain batik amah indone sepasang, duit upah undi BN rm1o.
Inilah kabinet bapa borek anak rintik, cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlari.
MANGKUK2 UMNO@APCO INGAT DENGAN KUASA,PANGKAT & HARTA APA SAJA BOLEH BUAT ! DENGAN MENGUASAI SEMUA MEDIA CETAK & ELEKTRONIK (UTUSAN MELOYA,TV3SUKU,BERITA HAIRAN & ETC.)DEPA INGAT BOLEH TUTUP SEGALA PEKUNG DAN KERJA DAJAL TAPI TUHAN MAHA KAYA & ADIL ! SEPANDAI2 MENUTUP LOBANG TAIK UMNO@APCO TAPI TETAP AKAN TERKELUAR JUGA BAUNYA !
BalasPadamKINI KITA TUNGGU APA PEMIMPIN2 UMNO@APCO MAU BERDALIH & BELA PEROGOL TU ATAU JADIKAN KAMBING HITAM DEMI MENYELAMAT KEMALUAN BESAR DEPA !