Selasa, 18 Januari 2011

Pengerusi Felda Isa Samad di jamuan arak percuma 1 Malaysia


Penari Seksi Dan Isa Samad Dijamuan 1Malaysia-Malaysiakini

Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam.

Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.Baca semua di sini.

Malaysiakini juga melaporkan Isa Samad menghentam seteru politiknya Anwar Ibrahim dan Murshidul Am Pas TGNA dengan melabelkannya sebagai gila kerana menganggap DAP faham Islam dan terima Islam sebagai agama rasmi negara.
"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.

Inilah rupa bentuk perangai manusia bila duduk dalam majlis yang penuh dengan minuman air kencing setan bila bercakap jadi macam setan yang bertopengkan agama.Majlis macam ni bagi Umno perkara biasa tak jadi isu kerana yang buat pemimpin Umno. Mungkin Isa tak 'drink' tapi cara bercakap macam 'orang dah drink'. TGNA mengajak bincang tangani gejala arak, judi dan zina dianggap sebagai gila yang tak gila dan amat waras Isa samad yang duduk dan berucap dalam majlis mentekedarah arak percuma.Inilah cara Umno didik MCA nak faham Islam. Cara yang akan menempatkan mereka dalam satu lubuk.'Untung mak cik Felda' dapat Isa Samad sebagai Pengerusi Felda..

2 ulasan:

  1. Isa Samad tuh ckp betol..memang dia x paham Islam..Whakaka!!!
    Nk tibai DAP sambil x sedor bukak pekung sendiri..
    Xpaham tuh sbb x mengaji agama!!!
    Ke Isa Samad tgh mabuk masa dia berucao?
    Whakaka!!!
    Tp gua rasa memang dia x paham Islam pun,klu dia paham xder la bodoh smpai nk serve arak supaya org dtg dgr kelentong dia..
    Whakakaka!!!!

    BalasPadam
  2. kalau tak ada perkara yang macam ni tak adalah saranan supaya kita orang islam dituntut berjihad

    BalasPadam