Semalam saya ke Tenang lagi lihat suasana prk Tenang . Pusing-pusing sekitar Pekan Labis dan juga masuk kawasan Felda Cemplak. Kawasan Felda memang kubu kuat Umno la dari dulu kini dan selamanya. Nak pacak bendera Pas bukan main susah kawasan Felda tapi kesungguhan petugas Pas dapat juga dinaikkan bendera Pas walaupun ada yang hilang kena cabut.
Di Pekan Labis nampak kesungguhan masyarakat Cina dan petugas Dap bekerja keras membantu calon Pas Cikgu Mala. Golongan muda masyarakat Cina dengan menggunakan kenderaan seperti van dan pembesar suara yang dipasang pada kenderaaan berkempen supaya orang Cina mengundi Pas. Mereka lebih bersifat terbuka malah di tokong mereka pun dibenarkan pasang bendera Pas.
Kata seorang petugas Pas kepada saya orang Melayu di Johor sampai bila pun totok Umno (karat Umno) payah nak buat perubahan daripada Umno kepada Pas atau PKR. dah tak boleh nak buat apa dah, nak pasang bendera Pas dalam kampung mereka pun tak bagi..
Petugas Pas tu juga menceritakan seorang mak cik yang karat Umno di kampung Paya Merah, Labis berkata kepada beliau, "Mak Cik terima bil air sebulan RM70 tapi mak cik tak kisah semua tu makcik anak-beranak boleh mandi sehari 3 kali, boleh siram pokok bunga, mandi kucing dan basuh kereta. Apa pun mak cik rasa puas lah dengan bil air RM70 tu tiap-tiap bulan."
Petugas Pas tu menceritakan kepada mak cik tu tentang di Selangor rakyat dapat air 'free' 20 meter padu (RM 11.60) percuma tiap-tiap bulan tu yang makcik tu kata 'air RM70 mandi puaaaaas...'
Gambar sebelah saya ambil di sekitar Pekan Labis dan kampung baru Cina.
Baca juga;
Calon BN cuai sebagai ADO-Harakahdaily
Ahmad dicabar debat isu Felda di Tenang-Harakahdaily
Nik Aziz pertahan calon wanita...-themalaysian insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan