Jumaat, 7 Januari 2011

Dok kerja tutup bila pulak nak buka?Adakah Umno sebodoh Pak Kadok?

Setiap kali timbulnya isu perpaduan atau pertemuan Pas-Umno perkataan yang paling sinonim ialah 'tutup pintu', 'dah tutup', 'tutup buku', 'pintu rundingan dah tutup'. Hari ini PM Najib pulak kata 'tutup buku' mengenai pertemuan pemimpin tertinggi Pas dan Umno 24 Disember.Semua kira main tutup -tutup bila pulak nak buka tak tau la.

Amat malang isu 'tutup tutup' ni telah sekali lagi menimbulkan berbagai persepsi ketika Pas sedang nak berlaga lawan Umno dalam prk dun Tenang di Johor negeri tempat Umno beranak.Siapa yang akan jadi jagoan sebagai ayam sabung atau ayam sayur yang jatuh terkulai sama-samalah kita lihat nanti.Yang pasti Umno akan turun sebagai ayam sabung sebab berlaga dalam kubu kuat Umno. Lainlah kalau Pas bertukar ayam dengan Umno macam cerita Pak Kaduk yang bertukar ayamnya yang pandai bersabung dengan ayam Sultan yang tak pandai bersabung. Taruhannya ialah kampung halaman dan isi rumahnya.

Dan di pihak Sultan pula: Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri Perak jika ayam Sultan kalah. Tanpa berfikir panjang Pak Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama ia tidak menyabung ayam.

Lantas dengan penuh debarannya Pak Kadok menunggu hari penyabungan ayam bersama baginda Sultan, Pak Kadok sekali lagi telah melakukan perbuatan yang tidak masuk akal. Dengan sebab majlis penyabungan ayam tersebut dibuat di istana Sultan, Pak Kadok telah merasakan ia perlu menyiapkan diri dengan pakaian yang lebih baik ketika hari penyabungan berlangsung. Pak Kadok sedar yang dia tidak mampu untuk membeli pakaian baru kerana dia adalah orang yang miskin. Dia telah meminjam sedikit wang daripada isterinya untuk membeli kertas kajang yang besar. Lalu apabila pulang dari pasar, Pak Kadok telah memberikan kertas kajang yang baru dibeli olehnya itu kepada isterinya untuk dijahit sebagai baju melayu, seluar dan tengkolok. Isteri Pak Kadok begitu hairan dengan arahan suaminya itu namun ia tetap akur untuk menjahit. Tatkala, bermulanya hari penyabungan, Pak Kadok telah memakai baju kertas yang dijahit rapi oleh isterinya itu.

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Pak Kadok yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Pak Kadok pun bersorak sakan kerana ayamnya menang sehinggakan baju dan seluar kertasnya terkoyak rabak dan yang hanya tinggal Pak Kadok bertelanjang bulat. Sultan dan para penonton telah mengetawa dan mengejek Pak Kadok atas keadaannya ketika itu. Dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat barulah Pak Kadok sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan! Cukup takat tu ja cerita yang lain baca sendiri...Adakah Umno begitu bodoh dan lurus bendul macam Pak Kadok?

Pertemuan 24 Disember: Tiada komen lagi, Najib juga mahu 'tutup buku'-Themalaysianinsider.

Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin parti itu 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sebagai langkah menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri juga memutuskan untuk tidak berkongsi maklumat mengenai pertemuan sempena majlis santapan di Istana Terengganu di sini.

“Kami kena menghormati persefahaman pertemuan dan Yang di-Pertuan mahukan ia satu majlis peribadi,” kata Najib pada sidang media di sini hari ini.

Najib berkata beliau bersama pemimpin-pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam demi menghormati undangan Yang di-Pertuan Agong.

“Sebab itu kami hadir. Itu sahaja. Tiada komen lagi,” kata Najib yang diminta mengulas mengenai laporn The Malaysian Insider awal minggu ini.

Dalam kenyataan terbaru semalam, Nik Aziz menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.

“Tak ada dah, tutup ‘book’ (buku) dah,” kata beliau di Kota Baru.Baca lagi di sini.

Jika Pas menang di PRK Tenang Umno-Bn yang berkuasa diperingkat pusat akan berfikir banyak kali untuk segerakan pru 13. Peluang PR juga untuk tawan Putrajaya terbuka luas dalam pru 13. Jika orang Melayu Johor berani berubah , mak cik Felda dah tak takut kepada Umno , buat perubahan macam orang Cina dan India Umno akan berkubur ditempat kelahirannya sendiri.Adakah Umno akan politikkan isu 24 Disember dalam prk dun Tenang?Selamat berjuang..

Baca juga;
Najib sahkan temui MP BN esok , persiapan hadapi pru 13-Themalaysianinsider
Jangan berasa lemah Pas boleh menang-Harakahdaily

2 ulasan:

  1. “Sebagai ahli Parlimen dan sebahagian daripada Pakatan, saya merasakan bahawa mereka harus berunding dengan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR dan juga DAP.

    “Mengapa mereka (PAS) harus pergi (hadir pertemuan itu)? Bagi PKR, secara jujur kami tiada petunjuk mengenai perkara ini, dan saya tidak fikir pemimpin-pemimpin kanan parti juga tahu mengenainya jika tidak dilaporkan oleh media,” kata Ahli Parlimen PKR dari Kapar S. Manikavasagam .

    Manikavasagam berkata, PAS juga perlu “menghormati” anggota komponen Pakatan Rakyat dan tindakan pemimpin-pemimpin parti Islam itu boleh menjejaskan perikatan pembangkang itu dalam pilihan raya umum tergempar yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

    “Ini adalah tahun kritikal bagi Pakatan... kita tidak mahu kejadian-kejadian menikam dari belakang atau mengumpat, kita perlu bersama dalam hal ini.

    “Sesetengah ahli Parlimen Pakatan macam saya adalah orang kecil, jadi kami tidak tahu apa yang perlu di peringkat atasan... tetapi pemimpin-pemimpin atasan juga tidak tahu. PAS perlu menghormati anggota-anggota lain dalam Pakatan,” kata bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR ini.

    Justeru kata beliau, PAS perlu mendedahkan butiran hasil perbincangan itu.

    BalasPadam
  2. Hormat atas jemputan Yang DiPertua Agong, kata PAS. Lainlah kalau UMNO buka mulut dulu, barulah PAS buka tembelang

    BalasPadam