Sabtu, 8 Januari 2011

Nak belanja duit rakyat kena minta sedekah di mahkamah

Slogan Satu Malaysia 'rakyat didahulukan' hanya retorik semata-mata sedap di mulut pahit bila ditelan. Tu pun rakyat terus dibangangkan dengan 'Satu Malaysia'. Ahli Parlimen Malaysia yang jadi pembangkang di parlimen nak minta peruntukkan untuk kawasan parlimen mereka terpaksa melutut di mahkamah tagih simpati hakim untuk dapatkan peruntukkan .Pendek kata kena minta sedekah di mahkamah. Inilah kerajaan mahazalim BN dulu kini dan selamanya.

Di Selangor pulak 20 dun pembangkang (Umno-Bn) diberikan peruntukkan yang sama dengan dun yang dimenangi pakatan rakyat melalui penyelaras dun yang di panggil dun angkat sebanyak RM500,000 satu dun setahun jadi semua dun kira dapat la.Dun angkat duit tak boleh bagi kat wakil rakyat Umno nanti dia perabih tak dan sampai dua bulan. Macam berlaku semasa sebelum pru mac 2008 wakil rakyat Bn di Selangor habiskan duit peruntukkan Dun untuk guna dalam pru 12. Lepas pru 12 yang jadi wakil rakyat kawasan yang dimenangi pr duit semua lesap.Sapa berani nafi?Dua bulan RM500,000 untuk belanja setahun lesap!

Ni di parlimen ahli parlimen pembangkang tak dapat satu sen pun daripada pihak kerajaan yang berkuasa.Dendam kesumat politik busuk Bn ni hanya rugikan rakyat sedangkan duit peruntukkan itu bukan duit Umno-Bn tapi duit rakyat yang bayar cukai. Mentaliti otak puak Umno memang sama dalam semua peringkat sampai ada yang kata air percuma di Selangor Umno bagi, balai polis Umno buat, balai bomba Umno buat, sekolah Umno buat, jalan tar Umno bagi.. ha ha ha ..macam ni punya fikiran pun ada lagi dalam dunia langit terbuka..

Dibawah apa yang diemail ke dalam blog ini beberapa hari yang lalu oleh media pekerja;

Kenyataan Media mengenai kes YB Dr Michael Jeyakumar
5hb Januari 2011

Hari ini di Mahkamah Tinggi KL kita sekali lagi menyaksikan contoh tindakan berdiskriminasi Kerajaan Persekutuan terhadap rakyat dengan menafikan pemberian dana pembangunan kepada kawasan parlimen yang diterajui ahli parlimen pembangkang.

Dana pembangunan persekutuan harus diberi kepada setiap kawasan parlimen tanpa mengira siapa ahli parlimen kawasan tersebut. Dana ini diberi oleh Parlimen kepada Jabatan Perdana Menteri untuk diagihkan kepada segenap rakyat Malaysia. Maka sebenarnya rakyat jangan sekali-kali dijadikan mangsa politik diskriminasi (discriminatory politics).

Setelah kes ini selesai, satu pemberian menyeluruh harus dibuat untuk mengagihkan keseluruhan jumlah dana pembangunan yang dihutang kepada kesemua kawasan parlimen yang dipimpin ahli parlimen pembangkang sejak tahun 1975.

Amalan menafikan pemberian dana pembangunan atas dasar parti membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak bersifat demokratik malah sebenarnya autokratik. Adalah amat penting amalan-amalan sebegini dihentikan, agar rakyat tahu dan sedar yang mana-mana kerajaan yang bersikap tidak adil harus dipertanggungjawabkan.

Ini merupakan satu lagi kes dalam senarai penyalahgunaan kuasa dan tindakan bukan demokratik yang telah kita saksikan, termasuklah pengambilalihan kuasa di Perak dan perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor. Kesemuanya ini sebenarnya tanda-tanda kekurangan demokrasi di negara ini. Jika wujud lebih banyak demokrasi, kita pasti akan punya lebih kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Sewaktu sidang parlimen yang lepas, saya telah meminta YAB Perdana Menteri kita menunaikan janji beliau untuk memulihkan demokrasi. Malah Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz juga telah bersetuju dengan saya yang masanya telah tiba untuk kita membatalkan kesemua pengisytiharan darurat dan kesemua undang-undang anti-demokratik bersangkutan dengan darurat dimansuhkan. Maka, Pakatan Rakyat meminta Barisan Nasional bersama-sama mengangkat usaha dwipartisan Akta Pemulihan Demokrasi di dalam sesi parlimen yang terdekat.

Akta Pemulihan Demokrasi ini merangkumi enam perkara pokok yang mampu memperkukuh asas demokrasi negara, iaitu membatalkan semua Pengisytiharan Darurat, memansuhkan semua undang-undang Anti-Demokratik seperti ISA, AUKU dan PPPA, menunaikan perjanjian kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, menjamin ketelusan pilihanraya umum, mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan, dan mewujudkan kebebasan media.

Satu kempen sejuta tandatangan bagi memorandum Akta ini akan dijalankan bermula Januari 2011, yang akhirnya akan diserahkan kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong.

Marilah kita bersama maju ke hadapan, demi Malaysia yang lebih baik.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Saman dana peruntukkan MP: Keputusan 8 Februari-Bernama

Mahkamah Tinggi akan memutuskan permohonan anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj bagi mendapatkan satu perintah mandamus meminta kerajaan menentukan prosedur dalam pengagihan dana peruntukan khas kawasan pilihan raya, pada 8 Feb ini.

Hakim Datuk Aziah Ali menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Datuk S Ambiga yang mewakili Jeyakumar dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bagi responden, dalam kamarnya hari ini.

Pada 29 Okt lalu, pegawai Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran melakukan semakan kehakiman terhadap kerajaan dan dua yang lain, antaranya, memohon satu deklarasi bahawa peruntukan khas kawasan pilihan raya mesti diberikan kepada semua anggota Parlimen secara saksama, mengikut Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam permohonannya, beliau menamakan Ketua Pengarah Unit Pelaksanaan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pengarah Kemajuan Negeri Perak (PPN Perak) dan kerajaan sebagai responden.

Beliau mengambil tindakan undang-undang setelah permohonannya kepada pengarah PPN Perak untuk dana yang akan digunakan sebagai sumbangan kepada pojek kecil SMJK Shin Chung, SJK Methodist dan Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan serta dana untuk projek kecil bagi manfaat kampung Orang Asli, ditolak melalui sepucuk surat pada 12 Okt.

Dr Jeyakumar berkata permintaan untuk dana berkenaan sepatutnya diberikan kerana semua projek termasuk dalam jenis peruntukan khas kawasan pilihan raya yang sepatutnya digunakan.

Beliau mendakwa responden berat sebelah dalam menggunakan budi bicara untuk memberi dana daripada peruntukan khas kawasan pilihan raya dengan berpihak kepada anggota parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan bersikap prejudis terhadap anggota parti pembangkang.

Sehubungan itu, beliau memohon satu perintah mandamus untuk memaksa responden menjelaskan autoriti mereka dalam pengagihan dana peruntukan khas kawasan pilihan raya berdasarkan budi bicara dan prosedur mengagihkannya sejak 2008.

Anggota Parlimen itu juga memohon satu writ quo waran dikeluarkan terhadap responden supaya mereka memberi maklumat berhubung autoriti menggunakan budi bicara bagi melulus dan mengagihkan dana persekutuan yang disatukan dan peruntukan khas kawasan pilihan raya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan