Khamis, 6 Januari 2011

Pas perlu beri penjelasan walaupun bukan secara terbuka

Pertemuan 24 Dis:Pakatan 110 peratus komited, Umno takut-Themalaysianinsider

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menggambarkan Pakatan Rakyat seratus peratus komited dan tidak kerjasama tergugat walaupun pemimpin PAS mengadakan pertemuan atas jemputan Umno di Istana Terengganu akhir bulan lalu.

Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP menuntut penjelasan rasmi PAS meskipun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan penjelasan kelmarin.

“Saya yakin Pakatan Rakyat seratus peratus komited, apa yang berlaku ialah ketakutan pihak Umno, bukan senang nak mengadakan pertemuan dengan perdana menteri dan timbalan perdana menteri pada masa yang sama,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“Ini menunjukkan betapa hebatnya PAS dan Pakatan Rakyat, kalau PAS sahaja mereka tak jumpa... ini kekuatan Pakatan Rakyat, mereka sudah mula tergugat dan bimbang.

“Pakatan Rakyat tak terjejas kerana pertemuan ini,” kata beliau merujuk kepada laporan media mengenai pertemuan itu.

Ketika ditanya sama ada wajar PAS memberikan penjelasan rasmi sebagaimana diharapkan oleh rakan komponen mereka dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP, Khalid yang juga anggota biro politik parti Islam itu berkata:

“Saya merasakan perlu dan saya sudah pasti PAS akan berbuat demikian, walaupun bukan secara terbuka tetapi dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat.”

“Apa pun saya masih yakin pemimpin Pakatan dan parti komponen masih percaya antara satu sama lain,” katanya.

“Pada konvensyen di Pulau Pinang, kita buat komitmen, kita semakin rapat,” katanya sambil menegaskan PAS sudah pun membuat keputusan menolak sebarang bentuk kerjasama politik atau kerajaan perpaduan dengan Umno.

“Apa sekalipun yang penting pemimpin-pemimpin PAS sudah memutuskan bahawa soal kerajaan perpaduan atau kerjasama politik sudah ditolak oleh ahli-ahli.

“Apa pun yang dibincangkan, sudah tidak perbincangan seperti itu dan tidak keinginan (ke arah itu),” katanya lagi.-TMI

Tambahan 'Agong diguna tarik Nik Aziz ke pertemuan kontroversi'-Malaysiakini

Ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno telah menggunakan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghadiri pertemuan kontroversi pada 25 Disember di Istana Istana Terengganu di Kuala Lumpur.
Katanya, tindakan itu sebenarnya menunjukkan bagaimana
terdesaknya Umno yang sanggup menggunakan Seri Paduka untuk menjemput pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam itu.

Khalid membuat dakwaan itu dalam satu sidang akhbar di pusat perkhidmatnya di Shah Alam hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Pertemuan tersebut telah mencetuskan spekulasi mengenai wujudnya usaha untuk memulihkan semula perbincangan mengenai 'kerajaan perpaduan'.

Nik Aziz enggan mengulas mengenai pertemuan tersebut kepada pihak media, dengan menyatakan bahawa beliau perlu menghormati pertemuan tertutup itu.

Bagaimanapun, Khalid berkata, satu taklimat telah diberikan oleh mursyidul am itu mengenai perkara tersebut dalam satu mesyuarat badan penerangan PAS Kelantan.

Maklumat daripada pertemuan itu telah 'ditiris' kepada para bloger oleh beberapa pemimpin PAS.

Malah pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron, menulis mengenainya dalam Facebook.

Khalid berpendapat ini menunjukkan bagaimana kuatnya Pakatan sehinggakan Umno terpaksa menggunakan cara licik seperti itu untuk cuba memujuk PAS meninggalkan sekutunya.

Katanya lagi, adalah penting untuk diketahui bahawa pemimpin PAS memahami yang konsep kerajaan perpaduan dan kerjasama dengan Umno, telah ditolak oleh ahli parti itu.

Menurutnya, walaupun apa pun yang dibincangkan di majlis makan malam itu, PAS akan tetap terus bersama dengan Pakatan.

Secara berseloroh, Khalid berkata, situasi tentu begitu terdesak sekali bagi Umno sehinggakan Najib dan Muhyiddin bersetuju hadir di majlis makan malam yang sama.

Katanya, ini kerana bukan mudah bagi PM dan DPM untuk hadir bersama," tambahnya.

3 ulasan:

  1. Umumnya dan rujuk 3 muktamar yang lalu memang PAS sudah menolak UG(Perpaduang).Malangnya Presiden PAS,Hadi Awang dan Tim.Presiden,Nasaruddin Mat Isa serta S/U Agong PAS Mustafa Ali masih bermimpi tidur sebantal dengan UMNO.Disinilah masaalahnya.3 pemimpin tinggi PAS ni masih menjawab gamitan UMNO,jika tidak bagaimana boleh berlaku Perjumpaan 24 Dis? Sekiranya 3 orang ni,tutup mata dan pekakkan telinga dengan panggilan UMNO,isu ini sudah lama selesai.Malangnya,Hadi Awang dngan dasar "buka,tutup,buka,tutup,buka" menjadikan isu ini berpanjangan dan sudah jadi duri dalam badan PAS.

    BalasPadam
  2. Ada Nama kpd Tanpa Nama [2011 Januari 7 01:24]
    separuh setuju dgn anda.... dari sisi lain -bagaimana pimpinan PAS melaksankan strategical plan dengan mendapatkan pre-engagement bersama sultan/pihak istana sebagai persiapan mengambil alih pemerintahan negara, Insya Allah, dan pada masa yang sama memerangkap UMNO [dan menghakis "khurafat" UMNO yg mungkin ada pada institusi istana] - hebatnya Tok Guru dan Tuan Guru, seorang buat perangkap, seorang tukang sembelih.

    BalasPadam
  3. grup ug sudah bersemadi dalam pas. grup ini sanggup berbuat apa sahaja hatta "mengguna" tgna sekalipun.

    yang heboh, pertemuan tgna dan najib di istana. kenapa pula presiden dan setiausaha agong sibuk turun ke kota bharu "membantu" press conference tgna? apa ada kena mengena dengan depa?

    kemana pergi setpol mb kelantan? sekiranya 'penasihat sesat' berada di sekeliling tgna, episod ini tidak akan terakam. terbukti sudah tohmahan bahawa wan nik adalah wakil grup ug!

    pada malam 23/24 disember, apa ke jadahnya pemuda pas bersama dengan pemuda umno di hotel darby park kuala lumpur? yang zul nordin ada sekali untuk apa? mungkin nik abduh boleh jawab.

    semuanya telah dicatat oleh Yang Maha Mengetahui.

    wallahu'alam.

    BalasPadam