Khamis, 6 Januari 2011

Ada lagi cerita rogol

Persoal Penafian Rais :Mengapa Tiada Siasatan Zuraida-TVSelangor.com

Zuraida Kamaruddin mempersoalkan penafian Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang menyalahkan Pakatan Rakyat dan media mengenai kes Rogol Amah sedangkan tiada tindakan dan siasatan dilakukan.

Menurut Ketua Wanita PKR itu Rais dan kabinet Umno-Barisan-Nasional(BN) bersikap sambil lewa dan berbaur politik dengan mengabaikan siasatan kes sejak beberapa tahun dahulu sebelum disensasikan semula oleh internet.

"Sebagai respon kepada penafian Rais Yatim terhadap isu ini, saya mempersoalkan tindakan Rais yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan Rakyat, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini ialah ciptaan permainan politik berkepentingan. Wanita Keadilan menganggap ini sebagai satu tuduhan keras dan Rais patut segera memohon maaf," tegas Zuraida dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Semalam Rais buat pertama kali sejak kes ini didedahkan wikileaks dan laman web beberapa minggu lalu menafikan beliau terlibat dalam kes rogol seorang amah berbangsa Indonesia tiga tahun lalu.-TVSelangor.com

Mereka orang besar modal pun besar, kita rakyat biasa modal pun keciiik. Kita modal Rm 1 mereka orang besar modal Rm kira ribuuu.Mana boleh lawan.Satu saja yang sapa-sapa pun tak boleh lawan baik BN baik PR ialah kuasa rakyat. Rakyat adalah Raja segala Raja bila ada pilihanraya. Siapa berani nafi?

Zaman sekarang cukup senang kalau kena atas batang hidung sendiri, puak sendiri , kroni sendiri cukup hanya dengan satu sidang akhbar kata , "saya tak buat pun!" Habis tutup buku. Banyak cantiiiik...Baca juga di sini.

Sementara itu seorang lagi penulis blog Rocky Bru turut mempersoalkan kes tersebut.

Dakwaan amah dirogol :Mana SKKM, tanya Rocky-Malaysiakini

Penulis blog, Datuk Ahirudin Atan mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, Datuk Seri Rais Yatim berkaitan kes rogol membabitkan seorang amah Indonesia.

Sedangkan, SKMM tangkas bertindak ke atasnya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini, katanya.

"Dakwaan yang dibuat dalam blog itu di dalam bidang kuasa SKMM, jadi mereka mesti siasat," kata Ahiruddin ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Tambahnya, SKMM perlu menjalankan siasatan memandangkan Rais ketika menafikan dakwaan rogol itu semalam berkata, ia antaranya dicetuskan oleh "penulis liar blog di Internet."

Katanya, SKMM perlu segera menyiasat dakwaan berkenaan, sepertimana yang dilakukan suruhanjaya itu ke atasnya berhubung satu tulisannya pada Oktober tahun lalu di laman Rocky's Bru.

"Jika tidak, ia akan menunjukkan double standard kerana dakwaan itu melibatkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SKMM," kata Ahirudin yang juga penasihat editorial kumpulan kepada akhbar The Malay Mail, The Malaysian Reserve dan juga stesen Bernama TV.

Baca juga;
Pas setuju tuduhan menteri rogol amah disiasat-Harakahdaily
KBRI nafi terima laporan dakwaan dirogol-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. cuba2 lah pulak tanya Husam Musa.....(http://taipingmali.blogspot.com/2011/01/luahan-rasa-ds-utama-dr-rais-datin-seri.html)!

    BalasPadam