Sidang Khas Dun Selangor telah berakhir dengan PR sokong pindaan perlembagaan negeri untuk kembalikan kuasa Sultan dengan 34 undi manakala Umno-Bn menentang dengan 20 undi. Walaupun PR menang tapi pindaan tidak dapat dilakukan kerana tidak ada 2/3 majoriti dalam dun Selangor.
Inilah perangai Umno yang hadir ke sidang dun tapi menentang pindaan undang-undang untuk kembalikan kuasa kepada Sultan.Mereka kata mereka taat dan junjung kasih kepada Sultan yang tak berbelah bagi tapi dalam masa yang sama belang mereka terhadap Sultan jelas kelihatan.Umno macam orang munafik bila bercakap .Timbalan Pengerusi Umno Selangor yang lidah bercabang kata pindaan undang-undang dalam dun Selangor itu untuk perkasakan kuasa Menteri Besar bukan kuasa Sultan. Noh Omar nak perbodohkan diri sendiri atau bodohkan orang Umno di Selangor?
Sewaktu Umno buat pindaan undang-undang cabut kuasa raja dalam tahun 1993 dulu Umno tidak diangap derhaka tapi bila adun Seri Muda , Shuhaimie berkata 'beraja di mata bersultan di hati' Shuhaimie dianggap derhaka pada Sultan Selangor. Maka gegak gempitalah NGO2 pro Umno minta Shuhaimie minta maaf pada Sultan, letak jawatan, bakar patung Shuhaimie, demo depan pejabat dun Seri Muda kononnya merekalah pembela Sultan.
Bila dipanggil sidang dun khas nak pinda undang-undang negeri kembalikan kuasa Sultan adun-adun Umno-BN pulak bersatu hati menentang pindaan tersebut. Memang Umno parti lidah bercabang cakap lain buat lain. Orang Melayu kena tipu dengan Umno sampai tua..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan