Ahad, 9 Januari 2011

Isu Rogol Amah :Kesalahan hanya boleh dibuktikan di mahkamah-Chegubard

Rogol Amah; Polis Perlu Teruskan Siasatan-TVSelangor.com

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetap mahukan agar siasatan polis terhadap kes 'rogol amah' dilakukan agar hal yang sebenar berkenaan isu ini terbongkar.

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin mempersoalkan penafian demi penafian yang dilakukan oleh Menteri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim sedangkan perkara paling penting ialah prosedur penyiasatan dan kehakiman yang telus dan adil.

Menurut Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard, tiada siapa pun yang menuduh Rais merogol amahnya secara melulu, namun hanya selepas dua minggu mendiamkan diri, Rais menafikan tuduhan itu dan menganggap pendedahan itu hanya bermotif politik, berniat jahat, berisi tuduhan liar, dan sebagainya.

"Kenapa sekarang perlukan masa yang lama? Yang kita nak bukan penafian yang kita nak prosedur penyiasatan. Bagi pihak SAMM kita sendiri menegaskan kita tak boleh katakan Rais bersalah. Kesalahan hanya boleh dibuktikan di mahkamah (setelah) prosedur undang-undang berjalan dengan telus dan adil," katanya kepada Tv Selangor.

Pendedahan kes ini mula dilakukan menerusi laman blog Rockybru (rockybru.com) dan Big Dog (bigdogdotcom.wordpress.com) menulis hal ini berdasarkan pendedahan Wikileaks dan dokumen yang dikatakan dikeluarkan oleh NGO Indonesia, Migrant Care.

SAMM juga telah membuat laporan polis dan memberi masa 14 hari dari 5 Januari lalu bagi polis memulakan siasatan mengenai hal ini.

Badrul juga melahirkan rasa pelik dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah kementerian yang diteraju Rais, selama ini pantas membuat tindakan ke atas laman blog yang melanggar peraturan tetapi tidak dalam isu ini walaupun kedua blogger terbabit bersedia disiasat.

Malah umum tertanya-tanya tentang sebab Rais masih tidak bertindak balas terhadap Migrant Care yang didakwa mengeluarkan dokumen yang menjadi punca dakwaan rogol tersebut.

"Tetapi kali ini, kedua-dua blogger ini dah bersedia membuat pendedahan dan disiasat malah organisasi yang di bawah Kementerian Rais yang selama ini laju, tetapi tiba-tiba jadi perlahan dalam isu ini. Benda ini boleh membangkitkan pelbagai persepsi yang menambah buruk kes ini. Justeru, polis kena siasat dan laporkan secara telus dan terbuka. Ia boleh membersihkan nama negara," katanya.

Mengenai pendedahan terbaru yang menyatakan surat dari Robengah, pembantu yang dikatakan dirogol itu, Badrul mempersoalkan mengenai 'kelicinan' perjalanannya seolah ada pihak yang sengaja menjadi dalang pengakuan itu.

"Masalah sekarang betul ke tulisan dia, kedua, tarikh di surat itu, 7 Januari. Dan pada masa sama 7hb, Robingah yang duduk di kawasan luar bandar, 7 hb dia boleh tulis surat, boleh keluar di media, sampai kedutaan dan sampai ke tangan media Malaysia," soalnya.-TVSelangor.com

Tanya Pak Lah , Pak Lah kata dia tak tau apa pun.Apa pun Pak Lah tak tau dah pencen pun Pak Lah tak tau apa..yang Pak Lah tau terus zzzzz lagi bagus..

Berkaitan;

Pak Lah nafi arah tutup kes rogol amah Indonesia-Themalaysianinsider

Pak Lah perjelas kenyataan tentang dakwaan rogol-Malaysiakini

1 ulasan: