Rabu, 5 Januari 2011

Rahsia pertemuan 24 Disember bocor?

Debat Kalimah 'Allah' Tenggelam Pertemuan 24 Disember Umno-Pas-The Malaysian Insider

Pemimpin-pemimpin Umno dan PAS terpaksa mengakhiri perundingan ‘perpaduan Melayu’ di Istana Terengganu di sini pada 24 Disember lalu selepas pertemuan mereka mula menyentuh isu penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam.

Kes pertikaian mengenai penggunaan kalimah “Allah” kini berada di peringkat rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi akhir Disember 2009.

The Malaysian Insider difahamkan seorang pemimpin Umno pada pertemuan itu bercakap mengenai keperluan perpaduan orang Melayu memandangkan bukan Melayu mengambil kesempatan dengan perpecahan di kalangan orang Melayu dengan membuat pelbagai permintaan termasuk menuntut penggunaan kalimah “Allah” — merujuk kepada langkah Gereja Katolik yang mahu menggunakan perkataan itu dalam akhbar versi Bahasa Malaysia mereka.

Bagaimanapun difahamkan bahawa pada peringkat itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membantah dengan menyebut bahawa ayahanda Nabi Muhammad s.a.w., Abdullah juga pernah menggunakan kalimah “Allah” walaupun dia merupakan bukan Islam.

“Kemudian perbincangan mereka berakhir apabila Agong meminta diri dan Nik Aziz juga meminta diri (keluar daripada perbincangan), dengan mengatakan sakit belakang,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider semalam.

Nik Aziz ketika itu baru keluar daripada hospital selepas menerima rawatan.

Semalam Nik Aziz enggan mengumumkan butiran perkara yang disentuh dalam pertemuan tersebut dengan berkata, beliau menghadiri pertemuan di Istana Terengganu di sini atas undangan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada kaitan dengan isu politik.

Kata beliau, pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Abdullah ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas.

“Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku,” katanya.Baca lagi di sini.

Baca juga ;

Pak Lah tak perlu sibuk satukan Umno dan Pas-Harakahdaily

UG Umno-Pas:uji setia kawan Kepala Batas dan saingan Tenang-TMI

Kerajaan Perpaduan Digerak?-Utusan Malaysia online

Umno tersepit minta Pas bersama-Anwar -Harakahdaily

2 ulasan:

  1. PAS Gerhana lagi5 Januari 2011 12:27 PTG

    Pemimpin PAS tak sayangkan PAS lagi, Jemaah berbelahbagi, PRU 13 menjelang tiba, UMNO berjaya lagi. Pres PAS tinggalkan lah kami bersendiri kerana tak lagi ada kasih pada kami.

    BalasPadam
  2. TGNA adakan sidang akhbar diJKR 10,Kota Baharu,menjelaskan akan pertemuan beliau dengan Agong.Kurang faham dan timbul tanda tanya,apakah perlunya Hadi Awang dan Stopa Ali turut duduk dikiri-kanan TGNA.Semasa membacakan kenyataan yang bertulis itu pun kelihatan TGNA,tidak nampak selesa.Whats going on?

    BalasPadam