Keluarga Shahrizat beli kereta mewah guna dana NFC-Keadilandaily.com
KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga
Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes
Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009.
Wang berkenaan diperoleh daripada RM250 juta dana awam yang disalur
Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), milik suami dan anak Ketua Wanita
Umno itu.
“Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga
Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes
Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622,” kata Pengarah Strategi KEADILAN,
Rafizi Ramli.
“Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itu maintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya,” katanya.
Menurutnya lagi, dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National
Meat Lives Corporation (NMLC) untuk membeli dua bidang tanah di
Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009.
KEADILAN turut mendedahkan 15 cek berjumlah RM455,423 yang dibayar
untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Indonesia dan
Thailand.
Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010
kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej
percutian.
“Kalau pegi semak akaun ini, tiap-tiap bulan ada pembayaran yang dibuat kepada ‘Impian Global Network Services’ (IGNS).
“Bila kita siasat, IGNS ini ialah syarikat yang tawarkan pakej percutian, ke Bandung, Kuching, Phuket,” kata Rafizi.
Selain itu, Rafizi turut mendedahkan pembayaran lebih setengah juta
ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan
suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran.
Pendedahan terbaru itu muncul selepas Shahrizat bermatian
mempertahankan dirinya daripada dikaitkan dengan skandal berkenaan, pada
Perhimpunan Agung Umno hari ini.
“Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni,” kata Rafizi.
Dalam pada itu, beliau juga menuntut penjelasan Ketua Pemuda UMNO,
Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Shahrizat dengan menyatakan NFC
tidak mungkin membuat perdagangan di Singapura.
“Saudara Khairy (Jamaluddin) kata kita temberang sebab kata tak boleh
eksport ke Singapura. (Tapi) kenapa pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan
sejumlah RM588, 585 secara terus ke akaun milik Meatworks (Singapore)
Pte Ltd ?
“Sedangkan Meatworks langsung tak ada kena mengena dengan NFC,” katanya.-Keadilandaily
Ketua Wanita Umno kata dia belum selak kain lagi, kalau selak...melihat gelagat Sharizat yang naik sheikh memang memalukan dalam tv tiga suku.Gelak ketawa mak cik-makcik wanita Umno yang dilembukan Sharizat yang naik sheikh dengan pemimpin PKR melambangkan betapa rendahnya nilai moral wanita Umno yang jadi pak yet pemimpin mereka.Mereka di pak yet kan dalam persidangan tahunan Umno. Kalau itulah gelagat wanita Umno apatah lagi lembu-lembu jantan Umno yang sanggup bela skandal yang memalukan negara.Mereka berganding bahu bela segala najis pemimpin mereka.
Tidak ada seorang pun yang berani kritik kelaku rendah moral pemimpin mereka.Ketawa dan ketawa saja yang mereka pandai.Anak-anak yang tonton kelaku Sharizat turut ketawa.Agaknya kalau Sharizat jumpa Ketua Wanita Keadilan sudah tentu ditarik-tarik tudung dan rambut Zuraida Kamruddin.Sharizat boleh masuk bertanding Maharaja Lawak Mega gerenti jadi juara.Gelagat Sharizat yang menyinting lengan berjaya tutup salah laku keluarga beliau dalam persidangan Umno.Tapi apa nak heran, bini PM Najib lagi hebat daripada Sharizat yang didakwa ibu bagi segala kemewahan.Bermula dengan cincin RM24 juta, beg berjenama Birkin dan juga gelang tangan yang mahal-mahal belaka.
Ada orang komen dalam facebook kata kalau Sharizat nak buka kain buka lah, telanjang pun tak pa lembu mana ada tau malu. eeeeeeeeee
lain org persoalkan lain dia jawab, org kata pergi perlis tapi dia pergi singapura. itulah tandanya jika org nak menafikan kesalahanya. sepadan pulak dgn kumpulannya bersorak tak tentu pasal, memang bodoh sampai mati memang tidak dapat dicerdikkan lagi.
BalasPadamKesian dia, itulah takdir yg allah berikan kpd wanita2 umno.