Rabu, 2 November 2011

Piket dan demo dulu baru cakap

Ahli akdemik cadang mahu berarak ke Putrajaya-M'kini

Forum yang membincangkan kebebasan akademik di Universiti Malaya malam tadi bertukar menjadi mesyuarat bagi ahli-ahli akademik yang berang dengan apa yang berlaku kepada rakan sekerja mereka, pensyarah undang-undang Profesor Abdul Aziz Bari menuntut tindakan.

Sambil membidas, apa yang mereka sifatkan sebagai lantikan politik dalam bidang akademik dan cubaan ‘menutup mulut’ mereka yang tidak sealiran dengan kerajaan, kira-kira 30 ahli akdemik dari universiti awam dan swasta mengemukakan beberapa cadangan.

Ini termasuk supaya berarak di jalan-jalan bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

"Jika kita boleh mendapatkan 1,000 ahli akademik berarak ke Putrajaya, saya rasa kerajaan akan mendengar suara kami," kata felo penyelidik kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Denison Jayasooria yang mendapat ilham berdasarkan perarakan peguam-peguam pada 2007.

Denison berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan yang diluahkan oleh Isham Pawan Ahmad dari Universiti Islam Antarabangsa yang berkata hanya 60 daripada 2,000 kakitangan akademik universiti, itu telah menandatangani kenyataan akhbar sebagai sokongan kepada Abdul Aziz.

"Jika kita berjumpa rektor dengan hanya 60 nama, ini amat memalukan," kata Isham yang merupakan seorang profesor madya.

Beliau juga membidas Majlis Profesor Negara yang dikatakan bertanggungjawap berhubung keadaan hari ini.

"Kita mungkin boleh dapatkan beberapa profesor dalam majlis itu untuk menyokong kebebasan akademik yang lebih tinggi supaya kita boleh memalukan majlis itu (kerana tidak membuat  pendirian mengenai isu tersebut)," katanya.

Felo kanan penyelidikan Universiti Malaya, Muhammad Ikmal Mohd Said pula mencadangkan penubuhan sebuah Dewan, seperti yang ditubuhkan oleh ahli-ahli akademik di kampus universiti itu pada 1985 sebagai tindak balas berhubung pemecatan dan penurunan pangkat dua rakan sekerja mereka.

"Tiap-tiap persatuan akademik perlu menggerakkan, contohnya, menubuhkan sebuah Dewan bagi menunjukkan kuasa ahli akademik mengenai isu ini. Semacam satu demonstrasi," kata Ikmal tetapi bimbang hanya segelintir akan hadir.-M'kini

Berkaitan;
MTUC:Kami sanggup batal piket jika Putrajaya sedia gugur pindaan-M'insider

Semua mahu ke Putrajaya.PR mahu ke Putrajaya.Kaum buruh dan akademik dah tak puas hati dengan BN.Cakap saja tak guna.Buat dulu , demo dan piket dulu.Kalau cakap saja tak jadi. Ha Ha.Baru padan muka Najib-Rosmah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan