Ku Li: Saya tubuh Amanah sebab tiada ruang suara dalam Umno-M'insider
Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau menubuhkan Angkatan Amanah
Merdeka (Amanah) yang dilancarkan Julai lalu kerana tidak mempunyai
ruang bersuara dalam Umno.
Bagaimanapun kata pemimpin veteran ini, beliau akan terus bersama parti Melayu terbesar itu.
“Masih ada keyakinan (terhadap Umno) tapi saya bersama NGO (badan
bukan kerajaan) kerana ada ruang...kalau tiada ruang dalam parti, bagi
saya tiada (ruang dalam Umno)...tiada.
“Orang macam saya tidak dapat tempat untuk bersuara, kalau dalam
perhimpunan agung pun, nak bercakap perlu dapat kebenaran orang atasan
tiada kebebasan tidak seperti dulu,” katanya pada sidang media di sini.
Tambah beliau: “Kalau nak keluar saya dah cakap, buat apa nak buang masa.”
Tengku Razaleigh yang mesra dengan
panggilan “Ku Li” berkata Amanah yang telah mendapat kelulusan Pendaftar
Pertubuhan (RoS) dua minggu lalu akan merancangkan program dan
menggerakkan pertubuhan itu secara aktif.
“Kita sudah dapat kelulusan RoS, kita akan gerakkan pertubuhan
ini...selama ini kita senyap kerana kita masih belum dapat kelulusan,
kita tidak mahu nanti dikatakan pertubuhan haram,” kata presiden Amanah
ini.
Sementara itu Timbalan Presiden Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh
Fadzir berkata kepimpinan Umno sekarang tidak seperti pimpinan terdahulu
yang mengamalkan prinsip kebebasan bersuara.
“Zaman dulu siapa yang nak bercakap boleh bercakap...sekarang kalau
dalam perhimpunan agung nak bercakap pun kena dapat kebenaran, apa yang
nak bercakap pun kena dapat kelulusan dan kalau bercakap semua yang
sedap didengar,” katanya.
Dalam pada itu seorang lagi timbalan presiden Amanah Datuk Seri Ong
Tee Keat berkata sejak melibatkan diri dalam pertubuhan itu banyak
tuduhan yang telah dilemparkan kepadanya.
“Ini adalah platform NGO, tidak perlu nak cakap yang bukan-bukan.
Sejak dulu saya sudah terlibat dalam NGO dan ia adalah hak saya untuk
sertai mana-mana NGO.
“Itu hak saya untuk sertai mana-mana NGO dan ia adalah hak bersuara
baik dalam program kemasyarakat atau politik yang mana saya tidak nampak
percanggahan,” katanya.
Tambah Tengku Razaleigh, pentadbiran Najib telah melakukan banyak
program transformasi namun pelaksanaannya masih tidak menampakkan hasil.-M'insider
Inilah nasib Ku Li tubuh parti Semangat 46 pun lingkup lalu kembali kepada Umno.Masa tu suara Ku Li tak laku zaman Tun Mahathir jadi PM.Ku Li hampir-hampir kalahkan Tun Mahathir rebut jawatan Presiden Umno yang menang tipis dengan 40 undi lebih.Hingga kini Tun Madey masih tak suka Ku Li sama macam Tun Madey tak suka Pak Lah mantan PM.
Zaman Najib jadi PM pun suara Ku Li terus tenggelam.Hanya sekali sekala Ku Li diangkat dan dijulang seperti dalam prk Galas.Betullah kata Ku Li dalam klip video Undilah ,"Negara kita memang cukup indah tapi ada macam-macam masalah, tak perlulah saya sebutkan ...ia memang banyak masalah."
Sama macam Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Saifuddin Abdullah yang lantang suarakan keadilan dalam Umno-Bn tapi suara beliau tak laku walaupun sekupang.Tak lama lagi nasib Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi ini akan senasib Ku Li dimasuk dalam frozen.
Umno lebih suka dan dengar cakap Zul Kulim , Zahrain, Braheng Ali , H****Ali daripada dengar suara Ku Li ha ha.Suara depa lagi laku Ku Li oiii.Zul Kulim ni ditatang macam minyak yang penuh bersama kaki lompat yang lain dalam Umno asal saja berani hentam bekas parti yang depa tidur sebantal.Kaki auta, kaki kelentong memang Umno suka.
Saya dok tunggu lagi seorang 'Ali' masuk Umno.Kalau tak masuk pun jadi mesra Umno.Banyak projek bagi kat kawan-kawan Umno di Selangor .Untung kawan-kawan 'Ali' ni di Selangor.Gambar bawah Zul Noordin dan Hasan Ali dalam rancangan Bicara Rakyat di RTM1.Ku Li pun tak dapat peluang macam ni walaupun banyak berjasa kepada Umno!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan