Pakatan racun peminat Indonesia benci Malaysia-Malaysiakini
Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan
pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima
pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang
sedang berlaku di Jakarta.
"Mengapa
mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand?
Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap
rakyat Indonesia.
"Pada pendapat saya, ia adalah kerana
pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia dan
memburuk-burukkan negara ini.
"Mereka melabel perkataan buruk
terhadap Malaysia, umpamanya ‘Maling’ yang dalam bahasa Indonesia
bererti pencuri," kata Razali semasa penggulungan perbahasan Rang
Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Semalam,
pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan bola
sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda
untuk ke Stadium Gelora Bung Karno bagi perlawanan akhir malam ini.
Beliau
berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki
kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu dalam menghadapi
kira-kira 100,000 penyokong yang mahu melihat Malaysia ditundukkan.-Malaysiakini
Main bola di negara Indonesia bukan di negara sendiri.Team kampung lawan dengan kampung lain pun ada sentimen.Jangan cakap bodoh la woii.Kelantan lawan Terengganu , Perlis lawan Kedah pun ada sentimen ini perkara biasa dalam apa saja sukan bukan saja bolasepak.
Sukan apa pun kalau namanya Malaysia lawan Indonesia kalau main kat Indonesia..memang la kalau boleh pasukan kita depa nak 'katuk'...ini bukan cerita baru bang....jgn la buat lawak bodoh, ini semua semangat "ganyang malaysi'bung karno yg masih subur dalam jiwa mereka...
BalasPadam