Isnin, 7 November 2011

Bolehkah lembu percuma yang diberikan kerajaan dan syarikat dibuat korban?

Salam Aidiladha buat semua..saya rasa semua pakat kenyang makan daging kurban.Apalah yang ada untuk hari raya Aidiladha jika tidak ada sembelihan kambing , lembu dan kerbau untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Haji ini untuk diberikan kepada fakir miskin, anak yatim dan juga orang yang jarang-jarang dapat merasa makan daging.

Trend masa kini saya perhatikan ialah sumbangan lembu oleh pihak kerajaan negeri tak kiralah negeri PR ka atau BN ka pakat bagi sumbangan lembu untuk dijadikan korban sempena Aidiladha.Kalau lembu yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri atau syarikat GLC hanya setakat dijadikan kenduri makan ramai-ramai itu tak jadi hal.Tapi kalau lembu untuk korban mestilah lembu duit hasil titik peluh sendiri bukan lembu percuma oleh pihak kerajaan.Lembu kerajaan tu duit rakyat dan pihak kerajaan bagi pulak kepada rakyat untuk dibuat lembu korban.Persoalannya bolehkah lembupercuma ini dibuat korban dengan memasukkan nama-nama peserta korban kepada 7 bahagian untuk seekor lembu?

Sebagai contoh pihak masjid dapat seekor lembu korban daripada YB yang dapat lembu yang diagihkan kerajaan negeri ke setiap Dun.Pihak masjid pulak yang dapat duit daripada peserta korban masukkan nama peserta korban ke dalam lembu yang diberikan percuma oleh YB .Sahkah korban itu?Siapa nak tanggung kalau tak sah korban si polan dan si polan? Lain -lain contoh pulak pihak Masjid yang dapat lembu korban percuma masukkan nama peserta korban untuk AJK masjid seramai 7 orang, sahkah ibadah korban itu?

Ibadah Korban ialah sunat muakkad tapi kalau tak ada duit nak buat korban tak payahlah buat.Macam juga badat Haji wajib bagi yang berkemampuan tapi kalau tak ada duit nak pi lagu mana?Yang ada duit pun tak boleh pi Haji sebab dah cukup kuota!

Kita buat pesta sembelih lembu atau ibadah korban?

Wallah hu a'lam .Sekadar bertanya..


1 ulasan:

  1. Golongan yang memberi sebagai sumbangan kepada masjid. Lembu itu telah menjadi milik Masjid dan kemudian menjualnya kepada individu yang berniat untuk melakukan ibadat korban. Wang hasil jual lembu menjadi dana untuk pembangunan dan penganjuran aktiviti di masjid. Pendapat saya ia memberikan kebaikan dan perkembangan kepada agama islam. Ini pendapat saya...tu sahaja.

    BalasPadam