Jumaat, 18 November 2011

Duit hilang dalam simpanan polis , siapa yang curi?

Wang hilang milik suspek 

Ada kesan umpil pada pintu bilik, laci meja pejabat lama IPK Selangor


SHAH ALAM: Wang tunai dilapor hilang daripada simpanan seorang pegawai penyiasat kes samun membabitkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukan wang hasil samun suspek kes itu seperti dilaporkan media semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata sebaliknya, wang dilapor hilang RM11,700 itu milik dua daripada tiga suspek dalam kes samun membabitkan AS$300,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) September lalu.

“Kehilangan wang itu yang disimpan dalam dompet, disedari kira-kira jam 2 petang pada 8 November oleh pegawai penyiasat terbabit selepas mendapati terdapat kesan umpil pada pintu bilik dan laci meja pejabatnya di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Sambutan Deepavali Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di sini, semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Presiden MIC Datuk G Palanivel.
Tun Hisan mengesahkan kamera litar tertutup (CCTV) tidak ditempatkan di pejabat itu, kecuali di bahagian bawah bangunan sama.

Menyifatkan insiden itu sebagai serius, Tun Hisan berkata, polis kini menyoal siasat 26 pegawai dan anggota bawahan di IPK Selangor, bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang tunai RM11,700 dan dompet terbabit.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 201 Kanun Keseksaan berkait perbuatan pecah masuk pejabat dan cubaan menghilangkan barang bukti.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan wang itu bukan sesuatu dirancang polis bagi melindungi pegawai itu sebaliknya ia insiden jenayah.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan polis sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab di atas kehilangan wang berkenaan.

“Polis tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pihak yang terbabit sama ada mengambil, melarikan atau menghilangkan bahan bukti berkenaan,” katanya selepas Majlis Kursus Nadwah Ilmiah antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Sabak Bernam, semalam.

Semalam akhbar melaporkan sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai yang dirampas daripada tiga pegawai SPRM yang menyamun tiga pengurup wang asing di KLIA pada 15 September lalu dilaporkan hilang dalam simpanan polis. -Beritaharianonline

Macam mana boleh hilang?Siapa yang curi dan larikan wang tesebut?Ini dalam bangunan polis bukan dalam kedai kopi dan restoran mamak.Takkan kucing makan anak kucing..harimau makan anak sendiri.Macam mana nak siasat?Nak tuduh siapa?Hihi.takkan lembu feedlot kebulur wang sebanyak tu.Betul ka tak kompromi ha ha.Jangan buat lawak.

Siapa tengok duit kalau tak kelabu biji mata dan naik binau memang kompom mati pucuk.Alahhhh ambik pi la bukan nak luak tak sampai RM250 juta pun ha ha.Depa beli bagi lembu duduk dalam kondo berjuta pun tak kisah ni baru RM11700 tak kan nak jadi kudis puuun eeeeeeee lembu makan lagi banyak RM250 jutaaaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan