Projek lembu: Pemimpin PKR diberi amaran-Malaysiakini
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan
amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu,
Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.
Sambil
menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat
berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida
Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli.
"Senyum
punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain
lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami
takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.
Ketika
menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara,
hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah
depan mata tak nampak".
"Ada MP (anggota parlimen) Kelantan,
sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat
khidmat. Tanya Machang," katanya di hadapan lebih 900 perwakilan.
Supaya
dilihat konsisten, katanya, Shahrizat juga menggesa Zuraida mendesak
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan.
"Saya
gesa ketua wanita gesa presiden PKR letak jawatan atas angkara suaminya
ketua umum yang pernah dihukum dan disabit pelbagai angkara," katanya.
Sementara itu, Rafizi (kiri) pula dilabelkan sebagai "si Tanggang muda" berikutan serangan bertali-arus yang ditujukan padanya.
"Anak
muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? (Dia) adalah si Tanggang muda,
sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual
agama dan bangsa," kata Shahrizat.
Dilihat melepaskan geram di
gelanggang sendiri, Shahrizat yang kerap diam menghadapi isu itu
menyifatkan penjelasannya hari ini sebagai "mukadimah" sahaja.
"Oh, mentang-mentang saya sapu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret," katanya.
Pada
masa yang sama, tanpa menyebut khusus mana-mana pihak, menteri
pembangunan wanita itu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengambil
mudah peranan wanita dalam parti.
"Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?" soalnya.-Malaysiakini
Sharizat tidak menafikan bahawa projek lembu feedlot tu dah rugi RM250 juta.Kenapa Sharizat serang dan mau selak kain terhadap parti lawan?Kerugian RM250 juta adalah dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.Awat tak mau selak kain kepada Ketua Audit Negara.Sapa mau tengok kalau nak selak pon ha ha.Dah expired ha ha,Kenapa alih isu?Nasib baik la yang dengar cakap Sharizat hanya lembu-lembu tua bergincu merah dalam persidangan Umno.Nasib la dapat Ketua Wanita Umno macam ni.Nak selak kain selak la, telanjang pun tak pa hihi eeeee
Semua pakat jadi lembu kena cucuk hidung dengan lembu dalam kondo.Gelak la makcik Umno gelak jangan tak gelak.Hang pa semua dah kena tipu dengan lembu betina yang ada dalam kondo.Tak sedar-sedar kata dah kena tipu.Tak percaya cuba tanya bekas Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz tentang lembu betina ni.Apa agaknya Rafidah nak jawab?
Sapa kata lembu betina tak ada kaitan dengan lembu jantan?Kalau tak ada kaitan macam mana boleh beranak pinak?Ha ha.Sama -sama jadi lembu sebab tu bodoh bila bercakap.Selamatkan anak cucu anda wahai orang Melayu supaya tak dilembukan oleh pemimpin Umno yang gila kuasa, harta dan pentingkan perut sendiri.Kuasa di tangan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan