Peneroka Felda beri Najib kata dua Isa Samad atau undi-M'insider
Dilihat sebagai bantahan terbuka kali pertama, badan yang mewakili
peneroka Felda hari ini menggesa Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad
berundur secara terhormat dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak menunaikan permintaan itu jika inginkan undi pilihan raya umum
ke-13.
Gesaan itu dibuat pada satu media di sini hari ini oleh Jawatankuasa
Perunding Peneroka (JKPP), yang diiktiraf secara rasmi oleh Felda,
mendakwa mewakili 1.6 juta warga peneroka dan sekitar 120,000 peneroka
dari 11 wilayah Felda di seluruh negara.
Desakan itu dibuat ketika pentadbiran Najib bersiap sedia menghadapi
pilihan raya umum ke-13 dan mengharapkan sokongan padu peneroka Felda
yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno-BN.
Selain menggesa Isa, yang mengetuai Felda sejak setahun lalu, JKPP
juga menggesa Pengarah Seranta Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun
Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn
Bhd, Datuk Sabri Ahmad agar berundur sama.
Desakan itu memuncak ketika proses menyenaraikan Felda Global Ventures sedang giat dijalankan.
Langkah penyenaraian itu diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.
“Di atas segala polemik, isu dan masalah yang timbul, JKPP dan
(Gerakan Persatuan Wanita) GPW dengan ini sebulat suara mengusulkan
kepada Tan Sri Isa Samad, Datuk Sabri Ahmad dan Datuk Noor Ehsanuddin
agar mengundur diri secara terhormat dan jika hasrat kami ini tidak
ditunaikan oleh YAB Persana Menteri, jelaslah sokongan peneroka Felda
semasa pilihan raya umum ke-13 tidak lagi diperlukan oleh kerajaan
memerintah,” kata kenyataan media itu.
Sidang media itu dikendalikan oleh Pengerusi JKPP Shamsuddin Othman yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda.
Turut hadir pada sidang media hari ini ialah sembilan naib pengerusi JKPP Wilayah.
Pada sidang media hari ini, Shamsuddin, 59, menyenaraikan masalah dan
isu dihadapi oleh pihaknya termasuk dakwaan ketua peneroka itu dihina
oleh Isa, ketiadaan maklumat yang cukup mengenai proses penyenaraian dan
tindakan Seranta Felda ‘Umno’ mengganggu peneroka.
Kenyataan media menyebut Isa pada satu taklimat mengenai proses
penyenaraian di Kuala Pilah pada 12 November lalu telah menghina
Shamsuddin dengan mengeluarkan ayat seperti “jika budak kecil, saya dah
lempang”, “munafik”, “pembohong”, “penipu”, “jika saya jumpa saya akan
luku dia”.
Shamsuddin berkata, dalam pengalamannya sebagai seorang peneroka ini
kali pertama seorang pengerusi menghina ketua peneroka sebegitu rupa.
Kenyataan itu menambah, “JKPP dan GPW yang mewakili majoriti ahli
Koperasi Permodalan Felda menolak pelantikan Tan Sri Isa sebagai
Pengerusi Koperasi Permodalan Felda melalui kuasa menteri koperasi dan
meminta kerajaan menghormati hak demokrasi ahli-ahli Koperasi Permodalan
Felda dan Undang-undang Koperasi Permodalan Felda.”
Kenyataan itu menambah, JKPP dan GPW juga tidak bersetuju dengan
keluaran akhbar pojok 1Suara yang disalurkan dananya oleh Seranta Felda
dan Jabatan Perdana Menteri.
“JKPP dan GPW ingin mencadangkan supaya unit Seranta Felda Jabatan
Perdana Menteri ditutup dan pegwai-pegawai Seranta Felda yang terdiri
daripada anak-anak Felda yang berniat ikhlas membantu masyarakat Felda
diserapkan secara tetap dalam organisasi Felda,” katanya lagi.-M'insider
Berani Najib pecat Isa Samad sebagai Pengerusi Felda?Kenapa Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi Felda?Ini soalan ada hubungkait dengan Isa Samad dan Najib sendiri.Siapa pemegang amanah isu Port Dickson kalau bukan Isa Samad.Isa Samad walaupun terbabit dengan kesalahan politik wang atau rasuah dalam Umno masih diangkat sebagi wakil rakyat dan Pengerusi Felda kerana ada keistimewaan tertentu pada Isa Samad yang tidak ada pada orang lain.Hanya Isa Samad dan Najib saja yang tahu.
Kata orang tua-tua , Orang kalau tembun pendek , betis macam pelapik tiang kena berhati-hati.Orang macam ni kalau berdiri nak pegang langit.
ORANG MACAM NI,KALAU KITA BRJALAN DDEPAN DIA,KAKI KITA DI BENTES NYA,KALAU BRJALAN DI DEPAN KITA KITA DTINGGAL KAN NYA.
BalasPadamHa ha ha...
BalasPadam