Mantan PM Pak Lah dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yaasin bela sakan Ketua Wanita Umno Sharizat Abdul Jalil dalam isu lembu feedlot rugi RM250 juta.Bagi Pak Lah dan Muhyiddin Yaasin yang buat projek tu suami Shahrizat bukan Shahrizat.Bagi Pak Lah dan Muhyiddin Sharizat tak perlu letak jawatan sebagai menteri seperti yang didesak MP Umno dan PR.
Kata Pak Lah , Tanya individu yang berkenaan, apa kena-mengena dengan Shahrizat, itu
suami dia... Shahrizat tidak terlibat, jadi jangan tanya dia.
“Kalau Shahrizat jadi CEO bolehlah (tanya) tapi sekarang dia tidak
terlibat dan sangat tidak adil melabelkan Shahrizat terlibat,” katanya
pada sidang media selepas merasmikan Seminar Sains dan Nilai: Isu-isu
Kontemporari dan Jalan Penyelesaian di Institut Kefahaman Islam Malaysia
(Ikim) di sini.Baca di sini.
Kata Muyiddin Yaasin dalam laporan themalaysian insider pertahankan Sharizat,"Beliau (Bung Moktar) tidak mengatakan Shahrizat secara langsung
terlibat sebab ini adalah soal bisnes yang dikendalikan oleh
keluarganya, tetapi beliau tidak terlibat," kata Muhyiddin kepada
pemberita hari ini.
Bagaimanapun katanya, gesaan timbalan pengerusi BBC-BN itu agar
Shahrizat meletakkan jawatan adalah sesuatu yang tidak perlu di kalangan
"orang sendiri."
“Ini sudah dijawab di Parlimen oleh Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani (Datuk Seri Noh Omar) dan telah dibincang dan diperjelaskan
dengan mendalam lebih sejam dan seharusnya disambut dengan baik.
“Sama ada betul (untuk meminta agar letak jawatan)Datuk Bung Moktar dengan sendirinya boleh fikir,” katanya lagi.
Muhyiddin juga berkata syarikat yang terlibat seharusnya datang dengan penjelasan mereka sendiri dalam isu ini.
Kata beliau, ia akan membolehkan syarikat terbabit menjelaskan apa
yang berlaku sebagaimana ditekankan oleh Ketua Audit Negara dalam
laporannya.
“Terserah kepada mereka,” katanya.
Depa dua suami isteri Pak Lah oii..cubit peha kanan peha kiri terasa malah lebih pada tu depa buat sebab depa dua laki bini.Kalau tak sembang pasai nak dapat projek bela lembu tu nampak sangatla kata bohong.Saya cuma nak kata kepada Pak Lah, "Kalau Shahrizat bukan seorang menteri dan orang kuat wanita Umno bolehkah laki dia dapat projek lembu feedlot tu?".Projek lembu ni beroperasi semasa zaman Pak Lah jadi PM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan