Buku :Najib perlu undur sebelum pru, korban selamatkan Umno-Bn-M'insider
Sementara Datuk Seri Najib
Razak baru sahaja selesai menunaikan haji manakala Umno pula membuat
persiapan mengadakan perhimpunan agung 2011 hujung bulan ini, buku
terbaru tulisan seorang ahli parti itu, yang menggesa beliau berundur
sebagai presiden dan perdana menteri memasuki pasaran.
Tulisan buku (gambar)
itu juga mendakwa kepimpinan Najib sudah tidak boleh diyakini dan
dipercayai, dan harus berundur untuk menyelamatkan Umno dan masa depan
orang Melayu.
Najib juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Buku setebal 267 halaman dengan judul "Kesilapan-kesilapan Najib"
membuat rumusan — "Najib wajar berundur sebelum pilihan raya umum
ke-13."
Penulisnya Shahbudin Husin berkata, Najib harus sanggup melakukan
pengorbanan besar dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan
Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 dan menyerahkan kepada
pemimpin lain mengemudi parti dan kerajaan.
"Ini kerana Najib sudah tida ada harapan lagi untuk memulihkan
sokongan rakyat bagi membawa kemenangan kepada Umno dan BN," kata
Shahbudin yang pertengahan tahun ini menghasilkan buku pertama mengenai
Najib iaitu "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN
The End . . . Najib Perdana Menteri Terakhir . . ."
Shahbudin, ahli Umno bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur berhujah bahawa pelbagai percubaan dilakukan oleh Najib seperti
memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memberikan gula-gula
dalam Bajet 2012, naik bas, naik basikal dan pelbagai cara lainnya
seperti tidak membuahkan hasil.
"Beliau tetap dipertikai dan tidak dipercayai," kata penulis.
Dia menambah, "menang atau mendapat majoriti dua pertiga masih jauh dari lingkungan Najib."
Katanya, pilihan raya umum ke-13 hanya memberi makna kepada Najib
jika beliau berjaya melepasi garisan dua pertiga majoriti sokongan di
Parlimen, "sesuatu yang sangat-sangat mustahil sebenarnya untuk
dicapai."
Dengan menggariskan 19 kesilapan Najib menerusi bukunya, Shahbudin
berkata, kegagalan memenangi pilihan raya umum ke-13 sudah tentulah akan
menyebabkan Umno dan BN hilang kuasa dan Najib akan
dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika gagal.
"Orang-orang Melayu dan ahli Umno tidak akan dapat memaafkan Najib
kerana merasakan kekalahan itu adalah berpunca daripada kelemahan dan
kegagalannya yang menyebabkan melakukan terlalu banyak kesilapan dan
kehilangan sokongan," Shahbudin menulis lagi.
Katanya, jika gagal mendapat majoriti dua pertiga pula, pasti akan
timbul suara-suara yang akan memintanya berundur kerana setelah diberi
peluang sebagai Perdana Menteri, Najib dilihat gagal melakukan yang
terbaik.
"Akan wujud desakan supaya pemimpin lain pula mengambil alih teraju kepimpinan parti dan kerajaan.
"Sehingga ini pun sudah kedengaran suara-suara dalam Umno sendiri
yang mahu bertindak mendesak Najib berundur jika beliau gagal membawa BN
melepasi garisan dua pertiga itu nanti," katanya lagi sambil berkata
pandangan itu dikumpulkan menerusi pengamatan dan perbincangan dengan
ahli-ahli akar umbi Umno dan BN.
Senarai kesilapan itu disenaraikan di bawah tajuk "1Malaysia Silap
Pertama Di Hari Pertama Sebagai PM", "Menghapuskan Kementerian
Pembangunan Usahawan", "Mewujudkan Kabinet Kawan-kawan", "Kabinet Lemah
dan Ramai Menteri Senator", "Rasionalisasi (Sebenarnya Pemotongan)
Subsidi", "Pelantikan APCO", "Gagal Mengawal Karenah dan Gaya Mewah
Rosmah", "Gagal Mengurus Parti Komponen dan Anggota Kabinet", "Terlalu
Banyak Program Transformasi Tapi Hasil Diragui", "Tidak Tegas dan Flip
Flop".
Tajuk-tajuk lain yang menyusul ialah "Manipulasi Media Yang
Melampau", "Menjadikan Umno Kurang Melayu", "Terlalu Bergantung Kepada
Bekas Panglima Anwar", "Merestui Budaya Politik Jijik dan Lucah",
"Membiarkan Amalan Nepotisme dan Kronisme", "Mempunyai Ramai Pegawai
Tapi Tidak Membantu", "Tidak Bijaksana Mengendali Bersih 2.0",
"Mansuhkan ISA Rugikan Melayu" dan "Terlalu Mengejar Populariti".
Tajuk-tajuk kecil itu merujuk kepada detik dan insiden sepanjang dua tahun lalu khususnya perkembangan sejak awal 2011.
Shahbudin juga menulis, kalau pun desakan untuk berundur lambat
muncul, Najib juga sebenarnya harus berundur secara terhormat jika BN
gagal mendapat majoriti dua pertiga.
"Rujukan mengenai perkara itu sudah ada dan Najib tidak harus berlengah untuk mematuhinya," katanya lagi.
"Kesimpulannya Najib sedang menuju jalan mati dan pilihan yang
terbaik baginya hanyalah berundur bagi mengelakkan Umno dan BN yang
dipimpinnya turut sama terhumban ke gaung kekalahan," kata Shahbudin
lagi.
Dengan merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad dan aktivis Dr Chandra Muzaffar bahawa jalan bagi BN masih
belum cerah untuk menang besar, penulis ini menambah, "di sinilah Najib
perlu berjiwa besar" demi menjaga nama baik Tun Abdul Razak Hussein,
yang juga bapanya dan perdana menteri kedua.-m'insider
Kesian haji Najib baru nak pijak kaki bumi Malaysia setelah pulang dari Mekah dah kena tibai, kena balun dengan ahli Umno sendiri.Adakah Haji Najib akan senasib cerita Lebai Malang ha ha.Sama -sama kita lihat nanti.Kecuali kalau Hajah Rosmah kata , "Bang Haji berkorbanlah , berhentilah jadi PM sebelum kita dikorbankan." ha ha
Percayalah haji Najib tak akan dengar nasihat penulis buku ini kerana Najib pernah kata 'pertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekali pun'.
Kalau ikut kepala tajuk buku tu semua mardud tak ada yang mabrur.
Come on!! Kita ganti dia dengan peliwat agung kita!!
BalasPadamYa Allah ya tuhanku. Engkau selamatkanlah pemimpin kami daripada fitnah.
BalasPadam