Penggunaan kitab Injil yang didakwa bersumberkan kuasa solar sebagaimana didedahkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali minggu lalu bukan faktor utama menyumbang kepada isu murtad di negara ini, kata Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun).
Minggu lalu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan pendirian bahawa kenyataan Hasan (gambar) bahawa umat Islam di Malaysia boleh murtad disebabkan sebaran agama Kristian menggunakan kitab Injil berteknologi canggih adalah satu penghinaan ke atas Muslim.
“Jika benar laporan media, saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang ‘the power of reading the Bible’ seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak,” kata Asri.
Ketika dihubungi, Pengerusi Bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid memberitahu The Malaysian Insider, penggunaan gajet canggih seperti itu kemungkinan salah satu kaedah digunakan untuk memurtadkan umat Islam, tetapi yang utama jelasnya wujud gerakan untuk memurtadkan Muslim itu sendiri.
“Apa yang lebih utama adalah untuk mengenal pasti gerakan memurtadkan orang Islam kerana itu lebih merbahaya,” jelasnya.
“Keutamaan seharusnya diberi ke atas usaha (mengawal) pemurtadan itu sendiri, bukan setakat kaedah dan cara mereka gunakan untuk memurtadkan orang Islam,” kata ketua Himpun, yang mengadakan perhimpunan di Stadium Shah Alam, Selangor bulan lalu memfokus agenda menangani gejala murtad.
Bersetuju dengan pandangan Asri, Azmi berkata, dengan peredaran teknologi yang pesat pada masa kini adalah mustahil untuk menyekat penyebaran gajet-gajet yang dikatakan mampu untuk memurtadkan orang Islam.
“Zaman teknologi berkembang pesat, mustahil kita mampu hadkan pengedaran alat berkenaan sedangkan bahan-bahan berkaitan keagamaan sekarang boleh didapati dengan mudah di laman-laman web dan Internet,” jelasnya lagi.
Tegasnya, apa yang penting adalah pemantauan pihak berkuasa ke atas gerakan-gerakan sedemikian yang dipercayai didalangi oleh pertubuhan-pertubuhan tertentu.
“Masalah ini harus ditangani dengan segera oleh jabatan-jabatan agama, mereka perlu memastikan usaha Kristianisasi Muslim ini dapat diatasi,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, gerakan sedemikian menyasarkan golongan yang lemah, miskin dan hidup susah sebagai mangsa untuk dimurtadkan kerana mereka ini lebih mudah dipengaruhi.
“Gerakan ini akan datang menyalurkan sumbangan dan sebagainya kepada mereka dan kemudiannya atas desakan hidup, mereka berpaling daripada Islam,” katanya.
Dalam kenyataannya, Asri yang kini merupakan Felow Pusat Pengajian Islam Oxford ini berkata di Malaysia, al-Quran dikumandangkan menerusi pembesar suara, TV, radio, majlis-majlis kerajaan dan lain-lain, tetapi tidak pula dihebohkan bukan Muslim menganut Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari.
Sebaliknya kata beliau, tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca kitab Injil — “solar-powered talking bible”.
“Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Injil. Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh kitab Injil mengatasi al-Quran,” kata beliau lagi.
Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Umno kerusi Sungai Burong Datuk Mohamad Shamsudin Lias, Hasan berkata, ada sesetengah gereja cuba memurtadkan umat Islam dengan alat-alat canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar.
Hasan berkata penganjut Kristian Evangelis menggunakan peralatan canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar untuk memurtadkan umat Islam di Selangor.
Hasan, pengerusi jawatankuasa yang mengetuai hal ehwal agama Islam berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengesan mubaligh Kristian kini menyebarkan kepercayaan mereka menggunakan alat-alat canggih, selain mengadakan kumpulan-kumpulan kebajikan menyediakan wang tunai dan bantuan kewangan lain kepada golongan ibu tunggal dan miskin.
Ia merupakan pendedahan terbaru di sebalik kontroversi berkaitan Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya dan Jais awal Ogos lalu.-M'insider
Jiran depan rumah saya orang Kristian.Sebelah kanan rumah saya Hindu.Selang sebuah rumah lagi sebelah kanan orang Buddha.Saya buat kenduri berkhatan anak saya semalam jemput mereka datang makan, semua mereka datang makan .Mereka tanya, "kenduri apa?"Saya kata ,"kenduri potong lan chow."Lepas makan depa jumpa anak saya hulur duit.Adakah mereka berdakwah kepada anak saya untuk masuk agama mereka?
Jiran saya yang Kristian tu juga kalau buah mangga dia masak selalu hantar ke rumah saya , adakah dia nak berdakwah untuk ajak keluarga saya masuk kristian?Alhamdulillah anak-anak saya tak pernah tinggal solat.Saya bersyukur sangat-sangat kepada Allah SWT.
Saya bukan duduk dalam kampung yang hanya ada satu kaum saja, bolehlah sembang itu ini untuk jadi point menakutkan orang Melayu supaya benci agama lain tapi saya dikelilingi oleh bangsa dan agama yang berbeza.Bagi saya saya berpegang kepada ayat Al-Quran 'Lakum di nukum wali yadiin'.
Apa agenda Hasan Ali?Adakah penngundi bukan Islam yang pangkah Hasan Ali hingga jadi exco di negeri Selangor ada agenda untuk ajak Hasan Ali masuk agama mereka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan