Kata veteran Umno kepada kawan saya yang bercerita mengenai Umno, Zaman mantan PM Tun Mahathir dulu perabih dan tokak duit rakyat hanya dengan cangkul saja sebab masa tu kita duit banyak.Syarikat GLC duit banyak tak berapa nak berebut hanya kroni Tun saja yang kenyang.Zaman Pak Lah jadi PM mula korek pakai jentolak bertayar sebab duit dah makin berkurangan.Zaman Najib kini mula korek duit dan sedut dalam-dalam guna jentera berantai yang lebih besar.Duit dah kurang hutang negara bertambah.Takat pakai cangkul korek tak jumpa duit!
Banyak syarikat GLC dah rugi.TNB rugi, Mas rugi sampai kena telan dengan Air Asia.Semua kroni pakat korek sampai dah nak kering duit rakyat kena telan.Semua pakat berbelanja mewah termasuk sekali dengan Bik Mama yang dikatakan jadi orang no 2 terpenting dalam negara .Tak pernah kita dengar dulu kemewahan bini-bini PM melainkan Bik Mama saja yang paling teruk dan tunjuk teladan yang menjahanamkan negara.
Bela lembu guna duit rakyat RM250 juta rugi tapi masih hebat dalam kabinet dapur Umno-BN.Masih mau tunjuk lagak kata ini fitnah untuk lingkupkan peribadi Ketua Wanita Umno Malaysia.Senang-senang Khairy Jamaludin kata daripada duit lembu tu terbenam tak guna lebih baik beli kondominium mewah RM9.8 juta buat pelaburan!Patutla Najib tak angkat jadi menteri cerdik tak kena tempat.
Dalam kekalutan kini maka berkatalah Tun Mahathir Melayu jadi minoriti jika berpecah belah.Ini lagu lama dondang sayang yang digarap semula dalam versi baru.Dah lama dah dengar ayat tu sejak Umno semakin goyang sejak tahun 1999 lagi di mana waktu itu orang Melayu tolak Umno dalam pilihanraya.Umno sendiri kini berpecah tiga iaitu Umno Mahathir, Umno Najib dan Umno Muhyiddin.Tak percaya? Cuba tanya Ku Li.
Takkan kita yang ada otak ni nak bersama di bawah ketiak Umno di mana pemimpin mereka ketika ini bergelumang dengan skandal yang meruntuhkan ekonomi negara.Wahai bani Melayu yang sayang sangat dekat Umno sebenarnya sayang kamu kepada Umno hanya membawa rebah.Kamu redha dengan penyelewengan yang dilakukan pemimpin Umno tapi kamu masih bersama Umno.Daripada kamu sayang kepada Umno lebih baik kamu sayang kepada anak cucu kamu demi masa depan mereka agar negara ini tidak jadi seperti Greece yang kini minta berhutang kepada negara Eropah tapi tak tak ada satu pun negara Eropah yang mau bagi hutang.Asyik menambah hutang bayar tak ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan