Ahmad Said akan saman penulis blog fitnah beliau ditangkap khalwat-Mstar
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengambil
tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan
memfitnah beliau ditangkap khalwat.
Ahmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak
tiga bulan lalu namun beliau hanya mendiamkan diri kerana menganggap
ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai
cabaran termasuk ditohmah.
"Tapi apabila mengenangkan anak saya bila balik belajar, menangis
depan saya mengatakan blog tulis macam-macam pasal saya, jadi saya
ambil keputusan untuk saman penulis blog-blog yang telah memfitnah saya
mengatakan saya kena tangkap basah dan sebagainya.
"Katanya (dalam blog) saya kena tangkap basah, kena tangkap khalwat.
Macam-macam versinya, ada kena tangkap dengan pelajar ITM, ada kata
pramugari, ada kata dengan budak Besut, ada kata budak Pasir Panjang,
ada kata budak Batu Buruk, macam-macam," katanya kepada pemberita
selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, pada
Rabu.
Beliau berkata laporan polis mengenai fitnah yang tidak berasas itu
juga akan dibuat dalam masa terdekat selepas berbincang dengan
peguamnya.
Ahmad berkata setakat ini pihaknya telah mengesan beberapa blog yang terlibat dalam menyebarkan fitnah itu.
"Saya nak beri nasihatlah kepada mereka yang memfitnah ini supaya
menghentikan, kalau tidak kita akan heret sama ke muka
pengadilan...saya harap-harap, saya akan jadi jutawan selepas ni,"
katanya. - BERNAMA
Ha ha siapa yang tuduh?Blog mana ?Kenapa tak sebut nama?Dah dekat pru cari publisiti minta simpati.Ramai yang macam ni nak glamour macam artis.Kena buat gossip sendiri untuk keluar nama dalam media.Kata orang 'tak tumbuh tak tak melata tak sungguh orang tak kata' hi hi.Tim mana ni buat lawak?Takkan Deris Jusuh kot hi hi.
Musuh Umno bukan orang luar tapi yang tidur satu kelambu dan satu tilam takkan tak kenal atau saja-saja nak bagi musuh buka mulut kata ini bukan kerja saya hi hi.Kalau Sultan sendiri pun Umno kata natang apa lah sangat dengan mu Mat Said oiii.Berak tengah jalan sapa mau ngaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan