Keluarga mangsa bunuh 2009 tuntut RM1.03j
MANILA: Saudara mara 57 mangsa pembunuhan beramai-ramai di selatan Filipina pada 2009 menyaman bekas Presiden Gloria Macapagal Arroyo semalam berhubung pembunuhan itu yang didakwa mereka boleh dihalang.
Arroyo ditahan minggu lalu atas dakwaan mengarahkan bekas gabenor, Andal Ampatuan Sr, dan seorang lagi pegawai melakukan penipuan dalam pilihan raya dua tahun sebelum pembunuhan itu berlaku.
Arroyo mengutuk pembunuhan itu dan menafikan mengetahui mengenainya tetapi peguam plaintif, Harry Roque berkata, dia sepatutnya tahu Ampatuan dan anaknya memang berbahaya.
Roque memfailkan saman semalam, menuntut ganti rugi 15 juta peso (RM1.03 juta) menuduh Arroyo sengaja tidak mempedulikan pencabulan hak asasi manusia selama sedekad di wilayah itu dan sebaliknya menjalin hubungan baik dengan Ampatuan yang terbukti penting untuk dia terus berkuasa dalam politik.
Wartawan, pemandu dan pembantu mengiringi keluarga dan penyokong saingan politik Ampatuan dalam perjalanan memfailkan pencalonan dalam pilihan raya wilayah apabila sekumpulan lelaki bersenjata diketuai bekas datuk bandar Andal Ampatuan Jr menahan dan membawa mereka ke bukit berhampiran sebelum dibunuh dan ditanam beramai-ramai.
Keluarga Ampatuan adalah sekutu politik Arroyo tetapi selepas pembunuhan itu, mereka disingkirkan daripada partinya. Arroyo turut mengisytiharkan undang-undang tentera di wilayah Maguindanao, membolehkan tentera dan polis menangkap suspek dan cuba memulihkan keamanan.
Roque berkata, walaupun tiada bukti Arroyo adalah dalang di sebalik pembunuhan beramai-ramai itu, bekas pemimpin itu bukan saja membiaya dan memberi senjata kepada keluarga Ampatuan tetapi turut melindungi mereka. – Beritaharianonline
Ini yang menakutkan Umno-BN kalau tumbang dalam pru 13 akan datang.Sebab itu kuatkuasakan hak-hak rakyat berhimpun jadi lebih zalim dan kejam.Nak kekang macam mana kalau rakyat tetap tolak undang-undang zalim tersebut.Buatlah undang-undang apa pun ,sekatlah selagi boleh jangan tak sekat.Tapi kuasa rakyat , tangan rakyat yang pangkah menentukan siapa yang akan perintah negara ini.
Fail Memali akan dibuka semula.Pembunuhan kejam oleh regim Umno-Bn di Memali boleh buka mata rakyat siapa sebenarnya yang rakus bunuh insan tak berdosa di Memali.
Pelingkup wang rakyat , seleweng duit saham bumiputera RM52 bilion yang lesap akan dibongkar satu persatu.Biar kita lihat macammana rakusnya Umno mentekedarah makan daging anak bangsa sendiri.Kemana wang itu dibelanjakan?
Projek beli senjata pertahanan negara akan dibongkar untuk melihat siapa yang sapu komisen jual-beli senjata.Beli 'besi buruk' mahal macam beli kereta baru.
Anak muda dah tak sabar untuk mengundi gulingkan regim yang dah tua ini ke lubang kubur.Sudah sampai masanya kita rakyat Malaysia bersatu hati, dengan satu matlamat, satu iltizam tumbangkan Umno-Bn dalam pru 13.Jangan biarkan anda menanggung dosa membiarkan kerajaan 'rasuah wal punah' ini terus perintah negara ini.Anda mampu mengubahnya!Jangan biarkan negara ini terus dikuasai oleh lembu-lembu yang bernama Umno-Bn.Menyesal dulu ada untung menyesal kemudian dah tak berguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan