Felda :Kita tak akan usik walau segenggam tanah peneroka, kata Putrajaya-M'insider
Kerajaan pusat memberi jaminan peneroka Felda tidak akan kehilangan
tanah, “walah segenggam” dan semua insentif seperti pembayaran dividen,
bonus dan duit raya yang diterima ketika ini selepas Felda Global
Venture Holding (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia tahun depan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan
berkata, peneroka tidak perlu bimbang mengenai perkara itu kerana
kerajaan sentiasa melindungi kepentingan peneroka.
Minggu lalu, pertubuhan bukan kerajaan peneroka Felda berkata
pihaknya telah memutuskan untuk memfailkan injunksi bagi menghalang
perjanjian pajakan antara Felda Holdings dan Felda Global Ventures, yang
dilapor akan berkuat kuasa 1 Januari depan, tetapi ia menunggu
keputusan tribunal koperasi yang akan mendengar tuntutan difailkan oleh
Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit).
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan
Aliman berkata permohonan mendapatkan injunksi berkaitan perjanjian itu,
yang ada hubungan dengan usaha menyenaraikan Felda Global Ventures di
Bursa Malaysia sudah pun diputuskan tetapi mahu melihat keputusan
tribunal terlebih dahulu.
Penyenaraian Felda Global Ventures Holding dijangka dilakukan
pertengahan tahun depan. Langkah itu yang bertujuan untuk mendapatkan
dana bagi syarikat menjadi konglomerat global, diumumkan oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2012 di
Parlimen awal bulan lalu.
“Kami sudah pun membuat aduan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
bulan lalu. Selain kami, ada juga beberapa pihak lain yang turut membuat
aduan mengenai kedudukan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi
Permodalan Felda (KPF) yang baru kepada suruhanjaya,” kata Mazlan kepada
The Malaysian Insider.
Mazlan berkata sehingga tribunal membuat keputusan perjanjian pajakan di antara kedua-dua entiti itu juga tidak boleh diadakan.
Sambil mengakui ada kekhuatiran di kalangan peneroka mengenai perkara
itu, Ahmad menjelaskan semua kelebihan yang sudah diperoleh peneroka
akan terus dinikmati pada masa akan datang.
“Kita akan pastikan mereka tidak rugi (dengan penyenaraian FGVH) malah akan memperoleh lebih banyak keuntungan.
“Apa yang peneroka dapat sebelum ini kita beri jaminan mereka masih memperolehnya,” kata beliau lagi.
“Mengenai kebimbangan peneroka akan hilang pemilikan tanah...
sebenarnya kita tidak akan sentuh walau segenggam tanah mereka,” katanya
dipetik Berita Harian selepas menghadiri program Semai Bakti Majlis
Belia Felda Malaysia (MBFM) di Felda Chini dekat Pekan, Pahang, semalam.
Ahmad berkata, kerajaan tidak akan membabitkan kira-kira 500,000
hektar ladang milik peneroka dalam proses penyenaraian itu dan kekal
menjadi milik mereka.
Bagaimanapun katanya, ia akan membabitkan tanah ladang milik mereka
yang diuruskan Felda Plantations ketika ini yang berkeluasan 360,000
hektar melalui kaedah pajakan kepada FVGH.
“Ini belum keputusan akhir... ia masih di peringkat penelitian dan
perbincangan kerana kita masih ada masa sebelum penyenaraian pertengahan
tahun depan,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan sentiasa menimbang segala tindakan berhubung
proses penyenaraian FGVH bagi memastikan kepentingan peneroka, Felda
dan negara tidak terjejas.
Mengenai maklum balas yang diterima pihaknya berhubung penyenaraian
itu, Ahmad berkata, warga peneroka sebahagian besarnya memahami faedah
daripada proses penyenaraian itu.
Kata orang mulut manis ada racun lebih baik pahit jadi ubat.Takkan orang Felda tak sedar -sedar lagi cara gerombolan nak ambik hati untuk halalkan apa yang gerombolan buat.Banyak saman peneroka tehadap Felda semua menang takkan tu tak boleh jadi iktibar apa yang gerombolan buat.Tipu gred buah kelapa sawit, tipu timbang buah kelapa sawit ini benar bukan tipu.Kalau yang tu pun boleh tipu yang lain lagi senang nak buat kerja menipu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan