TV Selangor (TVS) akan menyiarkan siaran secara
langsung menerusi sesawangnya sekiranya acara debat yang membabitkan
Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy
Jamaluddin menjadi kenyataan.
Ketua Pengarang
TVS, Sheridan Mahavera berkata TVS tidak mempunyai sebarang masalah
untuk menyiarkan siaran secara langsung memandangkan kebanyakan saluran
tv milik kerajaan tidak berminat untuk mengadakannya.
"TVS
mempunyai krew dan peralatan yang lengkap untuk menyiarkan siaran
secara langsung dan selama ini pun banyak siaran secara langsung
berhubung pelbagai 'event' termasuk ceramah dan konvensyen telah
dilakukan dengan jayanya.
"Buat masa ini siaran langsung kita telah mencapai lebih dari 3,000 pelayar dalam satu-satu masa masa.
"Kemampuan 'server' kita juga mampu untuk melayan lebih 60,000 pelayar dalam satu masa." jelas Sheridan.
TVS dapat dilayari melalui www:tvsnews.net.
Pada
19 November lalu PKR mengeluarkan surat undangan rasmi kepada Ketua
Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk berdebat berhubung dakwaan skandal
projek lembu National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.
Pencabarnya
Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli melalui surat itu berkata,
tindakan itu diambil ekoran kesedian Khairy, seperti dilaporkan media
sebelum ini.
"Mengambil kira jadual kerja
seperti yang saudara suarakan dalam media, saya mencadangkan supaya
debat tersebut diadakan pada hari Isnin, 12 Disember 2011," surat itu
dipetik. -TVSelangor.com
Jangan tak jadi sudah la.Berdegar -degar mahu debat bila dah sampai masa dan tarikh ditetapkan jangan cakap kata tak dapat datang sebab anak demam, bini ajak shopping, Pak Lah ajak pi makan kenduri ha ha ha.Lawan jangan tak lawan.Pecah rekod dunia sekiranya debat lembu ni berjaya dilangsungkan.Pertama kali di dunia .Kalau tak jadi memang rugiii.Boleh masuk buku rekod dunia.
Kita tunggu jawapan Khairy isu lembu beli kondo mewah RM9.8 juta, Keluarga Sharizat ditaja duit lembu feedlot untuk buat ibadah Umrah.
Perhatian..ini bukan isu peribadi kerana perniagaan lembu ini libatkan wang rakyat RM250 juta bukan duit sendiri keluarga Sharizat.Kalau duit sendiri itu lain cerita.Kalau duit sendi buat umrah seratus kali pun tak pa, cium batu Syurga seratus kali pun tak tapi kalau guna dana wang rakyat untuk joli keluarga sendiri kita rakyat berhak untuk ambik tahu.Kita rakyat pembayar cukai bukan pendatang haram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan