Rabu, 16 November 2011

Braheng Ali, Zul Noordin dan Hasan Ali calon boleh menang bagi BN?

Pagi ini saya baca tulisan Zabidi Saidi yang tulis AGM Umno:Medan uji idea Najib hanya mahu calon boleh menang dalam Themalaysianinsider , antara lain beliau kata ;


BN patut mencontohi PKR yang meletakkan bukan ahlinya menjadi calon pada pilihan raya umum lalu.
Beranikah BN meletakkan Zulkifli Nordin bertanding sebagai calon BN di Kulim-Bandar Baru walaupun beliau tidak masuk Umno? Jika beliau berhadapan satu lawan satu dengan calon PKR, Zulkifli ada peluang untuk menang. Begitu juga jika BN meletakkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menentang calon PAS di Pasir Mas.
Beranikah BN meletakkan Datuk Dr Hasan Ali sebagai calon BN di Gombak Setia menentang calon PAS jika PAS menggugurkan beliau? Inilah yang wajar difikir oleh Najib mengenai calon boleh menang.
BN perlu berani buat perubahan dalam pemilihan calon.
Tidak semstinya ahli Umno menjadi calon. Bila calon-calon di luar Umno ini menang, barulah mereka menyertai Umno.Baca semua klik tajuk di atas.

Adakah Gobala,Zahrain,Ezam Mohd Nor dan lain-lain sampah sarap yang lompat parti turut akan disenaraikan  sebagai calon boleh menang bagi Umno-Bn rampas Selangor dan Kedah?Rakyat yang bijak tidak akan mengundi kaki putar alam dalam pru 13 akan datang.Kenapa Zabidi Saidi bayangkan Hasan Ali akan lompat parti?

Adakah calon boleh menang tu kena popular macam artis yang berani buka dan dedah tubuh atas bawah , depan belakang?Tun Madey kata Umno sendiri kini tak habis-habis lagi dengan perebutan nak jadi calon , kalau buat pru dalam masa terdekat Umno -Bn boleh kalah teruk, kalau ambik orang luar Umno jadi calon lagi sakan la depa berebut.

Kutip dan longgok semua sampah sarap ni dalam Umno kot-kot boleh laku.Esok-esok dah tak boleh pakai tendang keluar ha ha.eeeeeee.Gosok dan gilap sampah sarap ni macam cerek Alladin kot-kot terang 1Malaysia.

Ingat rakyat lembu ka? Letak sapa pun depa sokong!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan