Skandal NFC:Wanita Pakatan Buat Laporan Polis-KeadilanDaily
Wanita Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah terpilih di seluruh negara bermula esok berhubung penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).
Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, tindakan itu untuk memberikan tekanan dan sebagai gesaan awal supaya polis menyiasat penyelewengan membabitkan peruntukan RM250 juta dana awam itu.
Laporan polis dibuat secara serentak jam 10 pagi esok berikutan kegagalan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil sebarang tindakan.
Zuraida berkata, laporan polis tersebut akan dibuat terhadap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yasin (selaku bekas menteri pertanian), dan menteri pertanian sekarang, Datuk Seri Noh Omar.
“Maka kami mewakili suara seluruh pimpinan Wanita Pakatan Rakyat khasnya dan seluruh wanita Malaysia amnya mengambil usaha tindakan bersepadu bersama seluruh pimpinan Wanita KEADILAN Negeri untuk melancarkan Kempen Anti Pecah Amanah agar perkara ini disiasat segera,” kata Zuraida ketika sidang media di parlimen hari ini.
Tambah beliau laporan tersebut antaranya akan dibuat di IPD Kangar, IPD Kota Setar, IPD Teluk Intan manakala di Selangor di IPD Shah Alam serta IPD Dang Wangi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pada sidang media yang sama berkata isu ini penting kerana melibatkan wang rakyat.
“(Kita) KEADILAN bukan membuat dakwaan yang tidak berasas dan setelah (laporan dibuat) itu tanggungjawab anda (SPRM dan PDRM) untuk menyiasatnya,”
“(BN) memberi alasan bahawa KEADILAN kononnya membesar isu ini untuk menghapuskan karier Ketua Wanita Umno tersebut. Dakwaan ini langsung tidak bermotifkan politik,” tegasnya.-keadilandaily
Kalau dulu gerombolan polis pencen, askar pencen,JKKP , Perkasa buat laporan polis terhadap Tim Pres Pas Haji Muhammad Sabu kerana tuduh Mat Sabu angkat Mat Indera sebagai pejuang Melayu zaman penjajah kini tak ada mana-mana kumpulan yang sama berani buka mulut untuk buat laporan polis terhadap lembu-lembu yang pelingkup wang rakyat RM250 juta.Depa meraung-raung malah jatuh air mata kerana Mat Indera dianggap pejuang Melayu.Tapi bila duit rakyat diguna beli kondo mewah berjuta ringgit depa senyap sebab disumbat dengan bajet 2012 untuk puak-puak pencen ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan