Khamis, 24 November 2011

Muhyiddin minta ubat tahan lama untuk bergeli-geli dengan Pas

Muhyiddin :'Lebih mudah lebih indah' jika Pas-Umno bersatu-M'insider

Di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal dipanggil dalam waktu terdekat, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah “dan mengindahkan” jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.
Mengulangi pendirian yang pernah diketengahkan beberapa kali sebelum ini, Muhyiddin  yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.
“Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama,” katanya dalam reaksi kepada soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri oleh 1,000 warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di sini hari ini.
Dipetik Bernama Online, Muhyiddin berkata dengan kerjasama sebagai satu pasukan itu, ia akan memudahkan lagi segala urusan pentadbiran dan politik tanpa sebarang masalah.
Beliau berkata soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan.
Katanya isu royalti minyak itu mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan.
Isu kerajaan perpaduan antara PAS-Umno sudah banyak kali ditengahkan sejak pilihan raya umum 2008.

 Woit! nak bagi, bagi ja la royalti tu.Ini idea untuk Umno terus berkuasa jika Pas sanggup bersama Umno.Jika Pas bagi ubat tahan lama ni kepada Umno , sampai kiamat Umno berkuasa.Umno sanggup lakukan apa saja dalam keadaan sekarang termasuk minta nyawa demi mau kekalkan kuasa.

Kepada pemimpin Pas yang mahu bergeli-geli dengan Umno dipersilakan.Memang tak dinafikan ada orang Pas yang kini senada dengan Umno malah cakap pun macam orang Umno.Tambah-tambah kepada yang tak dapat jadi calon dalam pru 13.Esok-esok bila Umno dah kuat kembali kena terajang keluar ikut lubang tingkap.Kena cerai ikut lubang tingkap bukan ikut pintu rumah.Politik cari makan macam ayam itik memang banyak.Contoh Mat Ezam, Zul Kulim terdesak kerana wang dan pangkat dan gelaran terjun masuk dan sokong gerombolan.

Kini Umno menaruh harapan tinggi untuk bergeli-geli dengan Pas demi pru 13 akan datang.Suara dan irama ini akan berterusan hingga pru 13 muncul.Siapa yang rasa goyang dan tergoyang dengan lagu perpaduan ini alamatnya memang tak kuat iman ha ha.Boleh blahhh la ..Saya ada message kata kawan saya pada tanggal 19 November dengan kata ,"Hari ni genap lah 26 tahun berlakunya peristiwa zalim pemimpin Umno-Bn bunuh orang Pas di Memali." Dia jawab dengan kiasan, Bukan Umno bunuh tu tapi Dap." 

Tambahan 3.41pm

Mahfuz:Pas tetap 'pasukan Pakatan', tak akan sertai 'pasukan Umno'-M'insider


PAS menegaskan parti itu akan kekal sebagai “anggota pasukan” Pakatan Rakyat sambil mendakwa Umno sengaja mahu meneruskan gambaran negatif kononnya parti Islam itu sebagai “angkuh dan sombong.”
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno selaku parti teras dalam Barisan Nasional (BN) sedia tahu dan sedar bahawa PAS tidak akan melayan pelawaan seumpama itu lagi, dan dengan itu pihak berkenaan mahu meneruskan retorik lama, yang dimulakan pada 2008, mempelawa agar dibentuk kerjasama politik dan kerajaan perpaduan.
“PAS sudah banyak kali menegaskan pendirian kami bahawa kami akan kekal bersama Pakatan Rakyat, pasukan Pakatan Rakyat... bukannya pasukan Umno-PAS.
“Itu sudah jelas. Jadi mengapa nak terus mengajak kami? Jadi ia tidak lain tidak bukan untuk memberi persepsi bahawa PAS ini seolah-olah sombong dan angkuh, tidak mahu menerima pelawaan Umno,” kata Mahfuz ketika dihubungi sambil menegaskan PAS bukannya sombong tetapi tidak mahu menerima kerjasama politik Umno.
“Itu jelas. Kami akan kekal dalam pasukan Pakatan Rakyat untuk menggantikan pasukan Umno-BN,” katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pihaknya tidak terkejut dengan pelawaan-pelawaan sedemikian khususnya ketika menjelang pilihan raya umum dan lebih-lebih semasa musim perhimpunan agung parti itu.
Umno akan mengadakan perhimpunan agung tahunannya minggu depan. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.
Idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik PAS-Umno menjadi perhatian sejak selepas perubahan landskap politik negara tiga tahun lalu.
“Saya pun tidak hairan jika mereka jadikan ia sebagai satu isu dalam perhimpunan mereka,” kata beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, antara lain berkata, urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah dan “mengindahkan” jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.
Kerajaan negeri dimaksudkan Kelantan yang dipimpin oleh PAS sejak 1990.

1 ulasan:

  1. Ternyata tuan masih dibutakan mata & hati utk menilai mana intan & mana kaca..

    Nama2 di atas yg tuan tuduh sbgai gila wang & kuasa adalah org2 yg dahulunya penyokong rapat anwar (lebih rapat berbanding dgn tuan) & sanggup mnghadapi risiko demi mmpertahankan anwar. Tidak kah tlintas d fikiran tuan kenapa sokongan mereka telah brubah?

    BalasPadam