Artikel sebelumnya Kita tak akan usik tanah peneroka walau segenggam kata Ahmad Maslan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Seperti yang saya katakan walaupun tak ambik tanah peneroka Mak Cik Felda ni ada cara lain untuk menipu dan terus menipu akhirnya Felda dihadapkan ke mahkamah supaya hak peneroka dikembalikan.Hari ni para peneroka saman lagi Felda di mahkamah supaya bayar RM6.75 juta kepada peneroka di Negeri Sembilan.Walaupun kena tipu para peneroka tetap masih jadi aset Umno-Bn dalam pilihanraya.Tak sedar-sedar cara nak ajar BN yang jadi lintah darat hisap darah peneroka.
49 peneroka tuntut Felda , Felda Technoplant bayar RM6.75 juta-themalaysianinsider
KUALA
LUMPUR, 16 Nov — Seramai 49 peneroka dari tiga kawasan Felda Palong
dekat Gemas hari ini memfailkan saman ke atas Felda dan Felda
Technoplant Sdn Bhd menuntut hak bayaran lebihan hasil sawit melibatkan
RM6.75 juta — kes terbaru dalam siri tuntutan dibawa oleh peneroka ke
atas agensi rancangan tanah sejak kebelakangan ini.
Dalam saman difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban pagi ini, plaintif
menamakan Felda dan Felda Technoplant masing-masing sebagai defendan
pertama dan kedua.
Dalam writ saman mereka, peneroka-peneroka terbabit masing-masing
menuntut bayaran lebihan hasil, selepas ditolak kos pengurusan RM900 dan
wang sara hidup sebanyak RM1,500, berjumlah RM150,000.00 setiap
seorang.
Menurut kenyataan media dikeluarkan selepas writ saman difailkan,
plaintif mendakwa defendan tidak membuat pembayaran yang berhak itu
untuk satu tempoh selama lima tahun, sekali gus bercanggah dengan
persetujuan kedua-dua pihak semasa program tanaman semula dilaksanakan.
Dalam tuntutan ke atas defendan pertama, plaintif mendakwa,
berdasarkan fakta bahawa hasil sawit diperoleh oleh defendan pertama
dari ladang plaintif adalah tinggi, ditambah pula harga sawit yang baik
dan stabil tetapi Felda tidak pernah menyatakan dalam mana-mana penyata
perbelanjaan dan penghasilan hasil jumlah berat sawit sebenar yang
diperoleh dan dikeluarkan dari ladang mereka.
“Plaintif menuntut penyata hasil daripada defendan pertama tetapi
tidak pernah dibekalkan kepada plaintif sedangkan dalam perjanjian
terdapat persetujuan bahawa penyata akan dibekalkan pada setiap suku
tahun,” kata kenyataan itu.
Perjanjian itu dimeterai sekitar tahun 2000 sehingga 2003, di mana
Felda akan melaksanakan program tanaman semula kawasan ladang plaintif
bagi menggantikan pokok-pokok getah tua dengan kelapa sawit sepenuhnya.
Antara perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama adalah Felda
akan menyediakan modal tanaman semula sawit pada kadar RM1,700 seekar
yang dikira sebagai pinjaman kepada plaintif bagi menguruskan
kerja-kerja penanaman semula ladang milik plaintif, yang akan bermula
sebaik sahaja pokok getah telah habis ditebang.
“Plaintif mendakwa defendan pertama (Felda) telah menindas dan
memungkiri perjanjian yang dipersetujui apabila gagal membuat pembayaran
lebihan hasil yang dianggarkan RM2,500 sebulan kepada plaintif yang
telah mengakibatkan kerugian dan kehilangan serta tekanan kepada
plaintif untuk tempoh lima tahun di bawah pentadiran dan pengurusan
defendan pertama,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, tuntutan terhadap defendan kedua berdasarkan
kegagalan untuk mengurus ladang-ladang milik plaintif dengan baik dan
mengeluarkan hasil yang maksimun.
“Terdapat banyak ladang milik plaintif yang terbiar tanpa diurus dan
diselenggara dengan baik oleh defendan kedua sedangkan setiap bulan
terdapat jumlah kos pengurusan yang ditambah sebagai hutang plaintif.
“Sebagai bukti tuntutan tersebut plaintif telah memohon untuk
mengusahakan sendiri ladang-ladang mereka dan ternyata bahawa hasil
sawit yang diperoleh adalah sekitar lima hingga lapan tan setiap
peneroka untuk sebulan dan pendapatan yang diperoleh juga sekitar
RM4,000 hingga RM7,000 sebulan,” tambah kenyataan itu.
Selain itu jelas kenyataan tersebut, “sedangkan semasa defendan
pertama menguruskan ladang mereka hanya sekali atau dua kali bayaran
lebihan hasil dibuat bagi jumlah yang kecil untuk tempoh lima tahun
hasil dikeluarkan.”
Kenyataan itu menambah, plaintif juga tidak lagi mampu untuk menyara
hidup dengan wang sara hidup sebanyak RM1,500 sebulan sekeluarga, yang
nyata di bawah paras kemiskinan dengan kos hidup semakin meningkat
sedangkan pendapatan yang sepatutnya diterima dari ladang-ladang sawit
milik plaintif sendiri adalah tinggi dalam bentuk lebihan hasil setelah
ditolak kos dan wang sara hidup.
Lebihan hasil adalah hak plaintif dan sepatutnya dibayar setiap
bulan, tetapi defendan pertama telah memungkiri perjanjian dengan tidak
membayar apa-apa lebihan hasil malah menindas plaintif dengan hutang
yang meningkat secara berterusan, jelas kenyataan itu.
Plaintif diwakili oleh peguam T Kumar dan Abdul Nasir Abdul Aziz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan