Selasa, 29 November 2011

Pastikan semua ahli parlimen PR berada di Dewan Rakyat tolak akta RUU!

RUU perhimpunan aman akan dipinda hari ini-Malaysiakini

Kerajaan akan meminda rang undang-undang perhimpunan aman yang mencetus kontroversi kerana didakwa bertujuan menyekat kebebasan rakyat.

Usul pindaan berkenaan akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz ketika perbahasan di peringkat jawatankuasa Dewan Rakyat hari ini.

Usul pindaan berkenaan melibatkan Fasal 9(1) untuk meminda tempoh yang ditetapkan kepada penganjur untuk memberikan notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 kepada sepuluh hari.

Fasal 12(1) rang undang-undang tersebut turut dipinda untuk memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.

Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam, menurut usul pindaan ke atas Fasal 12(2).

Selain itu, tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari, menurut pindaan ke atas Fasal 14.

Pindaan ke atas Fasal 16 pula memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.

Rayuan berkenaan adalah berhubung sekatan dan syarat perhimpunan oleh polis yang turut melibatkan tarikh, masa, tempat dan cara perhimpunan.

Kerajaan bagaimanapun tidak meminda kuasa yang luas dalam rang undang-undang berkenaan yang mencetus bantahan keras pelbagai pihak kerana mengharamkan semua bentuk demonstrasi jalanan.-Malaysiakini

Rakyat bukan mahu akta RUU dipinda tapi ditolak dan tidak dilaksanakan!Kepada semua ahli parlimen PR anda jangan buat taik dengan pelbagai alasan untuk tidak hadir ke dewan rakyat hari ini lawan dan bantah akta ini.Anda  dipilih rakyat, makan elaun duit rakyat jadi tanggungjawab anda semua untuk lawan habis-habisan supaya kerajaan batalkan RUU! Tak guna lagi RUU ini dipinda sikit-sikit untuk kelabukan kita semua.Mansuh terus itu yang rakyat mahukan!Jika ahli parlimen PR tidak hadir ke Dewan Rakyat untuk bantah akta RUU hari ini anda memang tidak layak jadi wakil rakyat !Jangan jadi macam akta Kg Baru ramai ahli parlimen PR tidak ada di Dewan Rakyat.Lepas tu bagi macam-macam alasan kenapa tak hadir.Jangan cakap besar nak bela rakyat tapi bila time undi tak ada di parlimen!

Ribuan peguam, orang ramai berhimpun bantah akta -Malaysiakini

Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.

Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.

 Perarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.

Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.-Malaysiakini
 
NONE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan