Anwar :'Umno jangan mimpi nak nak tawan negeri dipimpin Pakatan'-M'insider
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan
Umno-Barisan Nasional (BN) agar melupakan hasrat dan cita-cita untuk
menawan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Selangor.
Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat
Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres
tahunannya di sini.
“Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil,
... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor,” tegasnya di
hadapan 300 penyokong parti itu.
“Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan
berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap,
kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor,” katanya
lagi.
Tambah Ketua Umum PKR ini, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini.
“Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran
sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami
akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah
dibuktikan di Ijok.
“Dahulunya Ijok juga merupakan kubu kuat Umno, tapi kita lihat apa
yang jadi? Bila rakyat bangkit menolak pemimpin yang korup, PR mampu
menawan Ijok,” katanya.
Namun begitu, Anwar juga memberikan teguran kepada pimpinan PR supaya
tidak mengikuti sikap pemimpin Umno-BN yang menurutnya takbur, dan lupa
diri.
“Ingat, pimpinan PR jangan jadi seperti pemimpin Umno-BN, jangan
takbur riak, dan lupa diri apabila sudah memerintah, utamakan hak rakyat
dan bukannya pentingkan diri sendiri,” katanya memberi peringatan
kepada pemimpin parti berkenaan.
Penasihat Ekonomi Selangor ini juga berjanji sekiranya parti
pimpinannya berjaya menawan Putrajaya, tarif elektrik negara dan harga
minyak akan diturunkan dalam masa seminggu pemerintahannya.
“Ini janji saya, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, harga tarif elektrik dan minyak akan saya turunkan.
“Umno-BN akan cakap saya hanya buat janji kosong, tidak berasas,
negara boleh bankrup sekiranya saya laksanakan perkara ini, tapi mereka
lupa, lapan tahun saya pegang jawatan Menteri Kewangan, bodohkah saya?”
katanya mempersoalkan tuduhan kerajaan terhadapnya.
Terpulang kepada para pengundi untuk tentukan siapa yang mereka mahu pilih dalam pru 13 akan datang.Segala tawaran jika tidak jadi kenyataan kita pakat ramai-ramai tumbangkan pulak PR dalam pru14 .Ini banyak senang punya hal.Kuasa di tangan anda.Cuba dulu baru tahu.
Di Selangor dah terbukti PR bela rakyat bawahan.Semua rakyat Selangor termasuk Umno amat terasa dengan 20meter padu air percuma setiap bulan.Kalau tak mau air percuma boleh tukar kerajaan ha ha.
Kepada kerajaan BN selesaikan dulu 8 tuntutan rakyat sebelum panggil pru 13.Jika tidak rakyat akan ke jalanraya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan