Rakyat cerdik , tak 'makan' putar belit Umno-Harakahdaily
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Umno BN berada dalam keadaan nazak sekarang.
Katanya, cubaan mereka untuk menggunakan senjata 3R iaitu 'racist, religion, royal' ternyata gagal mempengaruhi majoriti rakyat supaya menyokong mereka.
Ini, katanya kerana rakyat sudah matang dan faham bahawa semua itu
hanyalah permainan politik Umno BN yang sudah ketandusan isu, sengaja
memutarbelit fakta untuk kepentingan politik mereka.
"Pada mulanya mereka rasa rakyat bersama mereka, tetapi akhirnya
mereka sedar bahawa rakyat sudah semakin sedar permainan politik Umno
BN.
"Mereka cuba menggunakan isu komunis untuk menarik sokongan orang
Melayu, tapi isu ini akhir tak 'makan', mereka mainkan isu agama untuk
menakutkan orang Cina, juga tak 'makan', akhirnya mereka gagal menipu
rakyat, rakyat sudah cerdik," ujar Mohamad.
Beliau berkata Umno BN menggunakan isu perkauman melayu, MCA
menggunakan isu perkauman Cina dan MIC menggunakan isu perkauman India
untuk mendapat undi.
"Mereka memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan Melayu,
Cina dan India. Tetapi sekarang rakyat sudah faham. Kalau ada 10 orang
Cina yang mengundi hanya seorang sahaja yang sokong BN itupun kerana
tersilap," tambahnya.
Menurutnya, kini Umno hanya tinggal satu talian hayat iaitu pengundi
pos, peneroka Felda dan Felcra, orang-orang kampung yang buta maklumat
dan orang-orang miskin yang boleh dibeli dan digula-gulakan dengan benda
dan duit.
"Umno BN sudah benar-benar nazak mereka hanya bergantung kepada
talian hayar mereka yang terakhir iaitu pengundi pos, peneroka Felda dan
Felcra, orang kampung yang buta maklumat serta orang-orang miskin yang
mereka boleh beli dan beri benda serta duit," katanya.-Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan