Isnin, 14 November 2011

Umno patut bincang untuk selamatkan diri jika kalah pru 13

Perhimpunan Agung UMNO platform terbaik bincang PRU13

Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini adalah platform terbaik untuk para perwakilan menyuarakan segala pandangan mereka mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang termasuk kriteria calon boleh menang.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, peluang itu harus dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat memenangi pilihan raya umum kelak dengan keputusan majoriti dua pertiga.
''Saya harap perwakilan akan membincangkan dengan teliti bagaimana nak menang kawasan yang kalah, mengukuhkan kemenangan di kerusi sedia ada dan menawan semula negeri yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
''Perwakilan kena jelaskan perkara ini kerana sangat rugi jika ia tidak dibincangkan dengan teliti kerana pilihan raya umum sudah semakin dekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Semai Bakti Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di Felda Chini 2 di sini hari ini.
Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 29 November hingga 3 Disember ini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta para perwakilan membincangkan mengenai dasar transformasi yang sedang dilakukan kerajaan terhadap politik, ekonomi, pentadbiran, luar bandar, digital dan gagasan 1Malaysia.
Tambahnya, mereka sebenarnya bebas mengemukakan permasalahan berkaitan perkara itu supaya pemimpin parti memperoleh maklum balas dan memperbaiki kelemahan demi kepentingan rakyat.
"Mereka boleh bercakap apa sahaja dalam perhimpunan, asalkan tidak menyentuh perkara sensitif berkaitan kaum, agama dan raja," jelasnya.-Utusan

Umno hanya kira calon boleh menang dan kembali tawan negeri yang depa kalah dalam pru 12 yang lalu.Yang ada dalam kepala otak Umno ialah menang, menang dan menang.Umno kini berada di hujung usia kata orang dah terlalu tua untuk perintah negara ini.Umno ingat depa akan berkuasa perintah negara ini sampai bila-bila.Cuba sekali-sekala Umno pakat meeting macam mana nak selamtakan diri jika kalah teruk dalam pru 13 akan datang ha ha.Bukan apa, sebagai satu cara atau buat persediaan untuk selamatkan diri masing-masing jika kalah teruk pru 13.Kalau kalah teruk sungguh tak la berapa jadi gila sangat sebab dah buat persediaan.


Pemimpin Umno kaya raya duit banyak tempat bergantung kepada taukey-taukey besar pun banyak.Kalau Umno kalah pru 13 mampoih taukey besar ni nak tolong Umno lagi.

1 ulasan:

  1. menteri umno perampok wang rakyat dan diperabis untuk menyundal

    BalasPadam