Selasa, 15 November 2011

Najib pi Mekah naik pesawat khas, Zahid Hamidi naik jet peribadi

Ramai umat Islam kecewa kerana tidak dapat jadi tetamu Allah SWT di Mekah untuk tunai haji tahun ini.Ada yang dah cucuk kepala bahu dan buat kenduri baca surah Yaasin tapi last minit tak dapat pi Mekah tunai haji kerana tak dipelawa Tabung Haji.Ada yang sampai demam dan tak keluar rumah sebab kenduri nak pi Mekah dah buat tapi dok tunggu-tunggu nama naik dalam Tabung Haji tapi tak ada.Di mana silap dan siapa yang salah uruskan urusan mereka hanya Tabung Haji yang boleh jawab.Ini kisah benar bukan tipu.

Tahun ni juga ramai pembesar dan pemimpin Umno tunai ibadah Haji .Mungkin mereka ke Mekah berdoa depan Kaabah supaya Umno-BN terus berkuasa selepas pru 13 akan datang.Perasaan malu mereka kepada Allah SWT kerana buat aniaya rakyat yang kena tekan hilang yang penting mereka berdoa untuk terus berkuasa sampai kiamat perintah Malaysia.Mari kita baca bagaimana Menteri Pertahanan Zahid Hamidi ke Mekah buat ibadah Haji.

Zahid mengaku ke Saudi naik jet peribadi, nafi miliknya-M'insider


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui beliau telah pergi ke Arab Saudi baru-baru ini untuk menunaikan haji dengan menaiki sebuah jet peribadi tetapi menegaskan pesawat itu adalah milik kawannya.
Naib Presiden Umno itu menolak dakwaan disiarkan oleh beberapa blog dan SMS yang mengatakan jet peribadi itu kepunyaan beliau.
“Betul, tapi saya tumpang orang punya jet. Kebetulan dia pun buat haji,” kata beliau (gambar) dalam respons menerusi SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam respons ringkas itu beliau seterusnya berkata: “Salah ke (tumpang jet kawan ke Saudi)?”
Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datok dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009 ketika era pentadbiran Najib.
Sebelum itu beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.
Dakwaan diterima menerusi e-mel menyebut Zahid telah pergi untuk menunaikan haji tahun ini dengan menaiki jet peribadi.
Menurut dakwan itu, isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis telah berada di Madinah terlebih dahulu dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian ke Jeddah.
“Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa diberi untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan dalam Kementerian Pertahanan?
“Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?” kata dakwaan itu.
Dakwaan itu juga menyebut beliau sering ke Arab Saudi terutama ketika Ramadan dengan rakan kongsi yang sama beliau bernama “Tuan Sheikh Rozi”.
Bagaimanapun Zahid tidak menyebut nama rakan beliau memiliki jet peribadi itu dalam responsnya.-m'insider

Semua tak tak salah tapi kalau bab suruh rakyat berjimat cermat kepala-kepala Umno lah yang jadi juara.Nampak sangat ekor penuh taik bila dengar pemimpin Umno berbuih-buih syarah suruh rakyat jimat sementara mereka di atas bermewah-mewah tak mau bersesak-sesak dengan jamaah haji yang lain kalau nak ke Mekah.


Semua tak salah bela lembu rugi RM250 juta pun tak salah kata ini hal peribadi, hal syarikat sendirian berhad SPRM tak boleh siasat yang boleh siasat hanya polis!Tendang bola rata padang untuk pemimpin Umno selamatkan diri.Beli kondo RM10 juta duit lembu pun tak salah ini hal peribadai.Duit bela lembu tu bukan dana kerajaan ka?Bukan duit rakyat ka yang kena rembat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan