Khamis, 10 November 2011

Sharizat boleh la sembang deras sebab jadi Menteri kalau kita dah lama jatuh bangunan


Kata Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil merangkap Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat yang demam tak kebah-kebah gara-gara keluarganya dituduh pelingkup wang rakyat RM250 juta ternak lembu,“Ini adalah agenda politik oleh pembangkang untuk melemahkan Wanita Umno. Tetapi kami bukan begitu mudah untuk dimusnahkan,” kata Ketua Wanita Umno ini.
“Saya rasa malu ada seorang wanita rakyat Malaysia seperti Ketua Wanita PKR,” kata senator ini dengan merujuk kepada Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini mendakwa projek NFC gagal meskipun diberi pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5,000 ekar.
“Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN,” kata Shahrizat  lagi.
Shahrizat berkata keluarganya tidak sepatutnya dilayan sedemikian dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang.
“Menteri sudah jawab dan saya gembira kerana kementerian akan pantau kejayaan projek itu. Saya dah lama dalam politik,” tambah beliau lagi.Baca di sini.Kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia yang bela Shahrizat lebih baik la u bela diri u sendiri yang kering daripada sebarang jawatan dalam kabinet.Buang masa ja dok bela Shahrizat tengok-tengok la anak buah u tu yang mahu jatuhkan u dalam Pemuda Umno.

Awat tumpul sangat jawapan Shahrizat langsung tak masuk buku hihiWoit! pelingkup wang rakyat RM250 juta tak malu malah rasa hebat sikit pun tak rasa lemah.Pelingkup wang rakyat didakwa beli pulak kondominium mewah RM10 juta duit projek lembu pun masih rasa ok dan mahu pertahan diri.Belajar la sikit daripada pemimpin kapir negara orang putih ada tuduhan dan dakwaan saja terus letak jawatan.Ni tidak terus pertahan walupun dah barai.Dah lompong dahhh keretapi pun boleh cilok !

Apa akan jadi kalau orang macam kita kena dakwa dan dituduh macam ni?Saya ingat dah lama SPRM datang rumah sepah-sepahkan rumah kita cari maklumat jam 2-3 pagi.Tangkap bawa pi siasat sampai jatuh bangunan!Shahrizat rasa hebat sebab di seorang Menteri, rasa kebal daripada sebarang tindakan kata orang Utara 'tikam pun tak lut'.Ini bukan kira lama atau baru dalam politik tapi kalau dah sedut wang rakyat ikut suka hati beli kondo mewah sampai RM10 juta takkan nak senyap ja?

Ni baru libatkan seorang keluarga menteri , menteri-menteri lain agak-agak banyak mana depa punya aset sampai boleh beli kondo RM10 juta.Tu menteri yang kalah dalam pilihanraya, menteri yang menang dalam pru lagi la sakan rembat dan tibai duit rakyat.Kita rakyat takat boleh beli kondom ja kalau tak mau anak banyak! Ha Ha tu pun hat paling murah.Nak buat loan bank beli rumah macam-macam bank mintak takut tak boleh bayar hutang.Depa senang-senang pulun dan tibai duit rakyat belanja mewah.

Berkaitan;
PKR:NFC bayar RM10 juta beli kondo, milik keluarga Shahrizat-M'insider
Skandal NFC:Wanita PKR gesa Shahrizat letak jawatan-M'insider
Syarikat projek lembu beli kondo mewah RM9.8 juta-Malaysiakini
NGO lapor skandal NFC ke SPRM,gesa siasat 5 pemimpin Umno-KeadilanDaily

1 ulasan:

  1. Allah SWT tu Maha Kaya. Sekarang dah terbit satu persatu kejahatan dan penyelewengan pemimpin2 UMNO. Kena pulak PRU13 dah semakin hampir.. kena sangatlah tu. Harap penyokong2 kerajaan UMNO-BN buka-buka lah minda dan hati agar dapat memangkah dengan waras pada hari mengundi nanti. Kalau kita tak sempat merasakan kesan penyelewangan dan kebejatan yang berlaku kini... fikirkanlah untuk generasi anak dan cucu kita nanti! Kesian mereka!

    BalasPadam