Menteri :Maksud Twitter PM selesai wukuf , bukan haji-Malaysikini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari
ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Razak
pada Ahad lalu yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan
masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah
tafsir.
Beliau
menolak sebarang andaian kononnya perdana menteri dan isteri Datin Seri
Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan
ibadah haji.
Sebaliknya, kata beliau, sebagai tetamu diraja
kerajaan Arab Saudi, perdana menteri serta jemputan yang lain dapat
menjalankan ibadah dengan baik.
Jamil memberitahu pemberita demikian sejurus tiba dari Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Menurutnya,
perdana menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan
teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.
"Yang
dimaksudkan (dalam Twitter perdana menteri), bukan selesai ibadat haji
(tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga
Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai
wukuf.
"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita
mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah
haji itu.
"Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu
ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai
lagi.
"Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau.-Malaysiakini
Sepatutnya yang jawab isu ini ialah Najib sendiri bukan main passing kepada Jamil Khir.Buat ibadah haji ni bukan boleh syer-syer dengan orang lain.Najib kata 'Alhamdulillah urusan haji kami dah selesai ' , Najib tak kata pun selesai wukuf. Yang tegur Najib pasal ibadah haji ni Mufti Perlis bukan JKK Umno.Malu wooo..Najib yang patut perbetulkan sendiri bukan Jamil Khir.
Najib-Rosmah patut daftar dengan Tabung Haji tahun depan dapat juga pi kursus haji sebab yang ikut Najib walaupun Menteri Agama telah mengelirukan banyak pihak sebab tak habis lagi ibadah haji kata dah selesai buat ibadah haji.
Malu la sebagai PM Malaysia yang kononnya mengaku sebagai pemimpin negara Islam keluar kenyataan yang amat lekeh sangat bab agama.
sapa fitnah siapa ni? puak pakatan setan tak takut allah, atau korang dah anut agama syiah yg menghalalkan sebarang cara demi niat busuk korang?
BalasPadamChewah..malu konon dapat PM lekeh bab agama..
BalasPadamHang tak malu pulak BAKAL PM IDAMAN hang kaki sontot jantan betina..
Hang tak malu pulak pimpinan lebai hang kaki jilat ##%*# bini orang..
PIIRRAAAAHH!!!
Kepada Misaimerah....Sekadar berkongsi ilmu...
BalasPadamRukun Haji dan Wajib Haji adalah berbeza....
Rukun Haji sekiranya tidak dilakukan...maka terbatal atau tidak sah haji seseorang itu...
manakala Wajib Haji adalah sekiranya tidak dilakukan masih sah haji nya(tidak terbatal) tetapi dikenakan dam.
Maka...bila habis wukuf...sempurnalah rukun ....melontar di jamrah itu hanyalah wajib haji... sekiranya tidak dilakukan....perlu dikenakan dam....
Berkenaan isu PM kita....saya minta MISAIMERAH fikirlah sendiri....sebelum nk tulis sebarang isu...nak komen sesuatu....carilah ilmu dulu..... memang senang nak bukak blog sendiri.... tetapi ape yang nak di bincangkan tue biarlah dipastikan kita telah cukup ilmu..
Wallahualam....