Isnin, 21 November 2011

Umno -BN for sale

BN masih relevan :PM-Berita Harian Online

Datuk Seri Najib Razak berkata, jenama Barisan Nasional (BN) masih relevan dan diterima rakyat, khususnya di kalangan generasi muda tetapi usaha mesti diteruskan bagi memastikan pengisian produk dan perkhidmatannya memenuhi kehendak dan keperluan golongan berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kejayaan Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 (BNYJF) yang mendapat sambutan di seluruh negara dengan program kemuncak semalam membuktikan jenama BN terus mendapat sokongan dan sambutan.

 BN masih mendapat sambutan tetapi bergantung kepada produk dan perkhidmatan yang dikaitkan dengan BN. Jika ada pihak yang sangsi BN tidak boleh dipasarkan lagi, ia tersasar dan meleset kerana BNYJF mendapat sambutan.

“Oleh itu untuk mendapat sambutan pada tahap tinggi, maka kena kaitkan jenama itu dengan produk dan perkhidmatan yang baik,” katanya pada majlis penutup BNYJF, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini semalam.


Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkata, jika konsep sama diterjemahkan dalam pilihan raya, jenama BN perlu dikaitkan dengan calon boleh menang untuk memastikan kejayaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sudah 54 tahun produk jenama Umno-BN di pasaran.54 tahun tak boleh bagi air percuma .PR perintah baru 3 tahun di Selangor boleh bagi air percuma.Boleh laku lagi ka produk jenama BN ni?Bela lembu rugi RM250 juta.Adakah ini perkhidmatan terbaik.Pelingkup sahama RM52 bilion untuk Melayu-Bumiputera.Adakah ini produk yang bagus untuk terus digilap?MAS kena telan dengan AirAsia yang untung kroni yang pandai pusing saham Mas jatuh saham AirAsia naik mencacak. Siapa yang dulunya pemimpin Umno didakwa telan duit untuk orang miskin PPRT RM40 juta tu pun masih kata Umno-BN produk yang masih laku di pasaran.

Umno-Bn juga adalah produk penipu di pasaran kerana produk ni kaki pembohong kepada rakyat.Cakap berdegar-degar kata akta zalim telah dihapuskan tapi dalam masa yang sama tangkap rakyat di bawah akta ISA sebelum gubal akta baru ganti ISA.So jangan terpedaya lagi dengan janji-janji pembaharuan oleh pemimpin BN.Berapa kali lagi mau tipu rakyat?Mereka , Umno belajar dengan Amerika Syarikat untuk halalkan pembunuhan umat Islam di Iraq, Libya, Afghanistan dengan membohong kata negara-negara tersebut sarang pengganas dan merbahaya.Ini sama dengan kerajaan Umno-BN menangkap umat Islam dan dituduh militan tanpa didakwa di mahkamah.

Ketika Najib dianggap popular Tok Ayah Umno Tun Mahathir kata Umno hadapi masalah cari pemimpin dibayangi tanggapan korup -TheMalaysianinsider antara lain Tun kata, “Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah, boleh tak kita bayangkan tentang hal ini,” kata beliau sambil menambah, “kita sebenarnya yang merosakkan parti kita kerana melayan orang semacam ini.”
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, orang Melayu tidak boleh mengharap sahaja tetapi perlu bertindak bagi menjaga kedudukan mereka. 
“Mereka kena berusaha dan saya berpendapat masalah paling besar adalah perpecahan orang Melayu. 
“Sekarang ini keadaan terbahagi kepada tiga pihak, mungkin Umno yang paling besar,” katanya lagi. Kata beliau, 
“katakanlah Pakatan Rakyat dapat undi lebih daripada kita sekarang, itu pun sudah membahayakan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan