Susu 1Malaysia ditarik balik , sos cili masih di pasaran-M'kini
Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu
dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar
batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Dalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu
telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang
sebab bagi berbuat demikian.
“Pembekal susu tepung KR1M telah
dimaklumkan dan produk berkenaan telah dikeluarkan buat sementara waktu
sehingga diberitahu kelak,” petik kenyataan itu.
Mengenai dakwaan
sos cili jenama 1Malaysia yang didakwa mempunyai tahap raksa dan
plumbum melebihi paras yang dibenarkan, pengendalinya menafikan perkara
itu.
“Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan
bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan
Makanan,” petik kenyataan itu lagi.-m'kini
Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata.Ini kebenarannya bahawa barangan1Malaysia memang merbahaya untuk dimakan.Kalau tak bahaya kenapa tarik balik ? Media Umno hanya hebohkan Najib jadi popular tapi berita makanan dan barangan 1Malaysia yang memudaratkan pengguna disenyapkan.Najib didahulukan rakyat dibiarkan mampoih pun tak apa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan