
Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010 kepada sesiapa yang sayangkan wang rakyat sudah tentu akan tolak BN dalam pru akan datang.Semua lingkup wang rakyat dikerjakan Umno-Bn.
Isu NFC ternak lembu yang babitkan keluarga Sharizat Ketua Wanita Umno Malaysia belum lagi selesai malah semakin dikorek macam-macam timbul dalam isu NFC yang rugi RM250 juta.Duit lembu ni bila dikorek dan dikorek rupa-rupanya depa pakat guna beli kondo mewah RM9.8 juta sebagai pelaburan.Berapa tahun baru boleh untung beli sebiji kondo yang begitu mahal untuk pelaburan?
Kondo untuk pelaburan:Alasan Khairy tak masuk akal -Rafizi-KeadilanDaily
Alasan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa kondominium yang dibeli oleh Syarikat National Feedlot Corporatian (NFC) untuk tujuan pelaburan, adalah tidak masuk akal, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Khairy bahawa bayaran sebanyak RM9.8 juta itu dibuat supaya National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

“Kalau kerajaan sudah tiada duit untuk bangunkan ladang satelit yang terbantut, kerajaan (sepatutnya) mengambil kembali duit tersebut tapi kenapa beri duit itu untuk membeli kondominium,” kata Rafizi pada Keadilan Daily.
Semalam KEADILAN mendedahkan NFC yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil membeli kondominium tersebut di Bangsar yang direkodkan sebagai sebahagian hutang oleh NMLC.
Menurut Rafizi lagi jawapan yang diberikan Khairy tidak profesional dan terlalu emosi.
“Jawapan dia (Khairy) terlalu bersifat peribadi dan terdesak. Saya kesal dengan tindakan beliau yang terlalu emosi dalam kenyataannya,” katanya yang akan memberi respon lanjut pada Isnin depan.

KEADILAN mendakwa jumlah sebesar itu sudah tentu datang dari pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC.
Ia menimbulkan persoalan sama ada pinjaman RM250 juta yang khusus untuk pembangunan pusat fidlot telah diselewengkan ke syarikat-syarikat lain yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan