Khamis, 1 Disember 2011

PRU 13 ibu segala kejahatan Umno-BN?

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yaasin kata pru 13 adalah ibu segala pilihanraya.Ajak orang Umno berjihad supaya kuasa yang dipegang Umno sejak 53 tahun dulu tidak terlepas kepada Melayu Pas, Melayu PKR dan PR.Ini menggambarkan bahawa Umno kini dalam keadan nazak atau separuh koma.Bantuan pernafasan diperlukan segera untuk sambung talian hayat Umno.

Tidak ada dalam sejarah pemimpin Umno yang cakap macam Muhyiddin suruh berjihad dan anggap pru 13 sebagai ibu segala pilihanraya!Muhyiddin sedar jika Umno hilang kuasa dalam pru 13 di Putrajaya ke mana pemimpin Umno dan kabinet Najib mau lari dan selamatkan diri daripada segala penyelewengan yang mereka lakukan dalam pemerintahan mereka.Ini yang ditakutkan Muhyiddin yang terpaksa bunyikan siren kecemasan dalam perhimpunan Umno.Takut memang takut sebab Umno tak pernah rasa lagi hilang kuasa di Putrajaya hanya baru hilang 5 negeri dalam pru 12 yang lalu.Semua pemimpin Umno bimbang termasuk Tun Mahathir sendiri jika kalah pru 13 , takut jadi macam Mubarak di hujung usia duduk dalam tirai besi!

“Sesungguhnya kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita Atau akan terlepas ke tangan orang lain ” kata beliau berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri Pemuda dan Wanita Umno . Ucapannya disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan.Baca di sini.

Persidangan Umno setiap tahun dimulakan dengan mengutuk parti lawan yang jadi agenda tahunan mereka. Dap dituduh anti Melayu, Pas, PKR tak layak ganti Umno .Ratib-ratib yang meloyakan ini didendangkan kepada perwakilan Umno yang sudah dicucuk hidung .Semua jadi burung belatuk , angguk dan angguk.


Apabila Muhyiddin kata pru ibu segala pilihanraya dan ajak ahli Umno berjihad adakah membawa maksud bahawa Umno akan lakukan apa saja untuk kekal berkuasa di Putrajaya?Najib pernah berkata ,'pertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun '.Apakah mereka bila dah hilang Putrajaya nak bermandi darah dan wujudkan kekacauan kerana tak dapat terima UMNO-BN dah kalah?


Ingat wahai rakyat! Bagaimana dengan projek bagi MyKad kepada warga asing supaya undi BN?Sejarah membutikan bahawa di Sabah pernah berlaku Umno-BN bagi IC kepada warga asing supaya sokong Umno-BN dalam pilihanraya!Jika anda alpa dan lalai walau dengan sekelip mata anda akan ditipu Umno-Bn dalam pru 13.Orang yang dah mabuk darah, mabuk kuasa boleh lakukan apa saja sebab mereka dah jadi gila.Gila Kuasa!


PSC cadangkan S'jaya Di Raja siasat projek 'IC'-Malaysiakini


Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dalam laporan awalnya hari mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan warga asing diberikan kerakyatan membolehkan mereka menjadi pengundi.

NONEDalam laporannya itu, PSC menyatakan bahawa syor itu dibuat berikutan banyak aduan berhubung Projek IC yang diterima jawatankuasa itu semasa inkuiri awam di Kota Kinabalu minggu lalu.

"Walaupun perkara ini meliputi ruang yang luas dan di luar terma rujukan jawatankuasa ini, tetapi kami mencadangkan pembentukan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu sebagai penyelesaian jangka panjang," petik laporan itu.

Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Projek operasi rahsia dan bersepadu itu bertujuan memberikan kad pengenalan kepada rakyat asing dengan niat untuk mengubah demografi Sabah supaya penduduknya menyokong Umno.

Semasa inkuiri awam PSC, selama dua hari di Kota Kinabalu bermula 25 November lalu, kecuali Umno, semua wakil-wakil parti komponen BN dan pembangkang mendesak supaya suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu.

Laporan awal itu juga mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan pengesahan semua nama-nama dalam daftar pemilih di Sabah.

Bagi daftar pemilih yang lain, jawatankuasa itu mencadangkan supaya SPR melantik Mimos Berhad, sebuah agensi teknologi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjalankan audit dengan terma-terma rujukan berikut:
  • Dua orang dengan nombor kad pengenalan yang samaPengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih dalam daftar pemilih
  • Pengundi berumur 90 dan ke atas
  • Pengundi bukan tempatan
  • Bilangan besar pengundi di alamat yang sama
Pengundi yang telah hilang kelayakan untuk mengundi


BERSEDIA UNTUK KE JALAN RAYA

1 ulasan:

  1. umno,BN adalah berhala orang melayu sekian lama

    BalasPadam