Jangan ghairah kempen peroleh dua pertiga-Meloya
Pemimpin UMNO digesa tidak terlalu ghairah berkempen soal mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga, sebaliknya bertawaduk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, mereka termasuk pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu memikirkan ‘selera’ pengundi dan meminta mereka menyokong supaya kerajaan memperoleh mandat selesa.
‘‘Ini pesanan saya kepada rakan-rakan BN. Kita harus bertawaduk dalam berkempen. Janganlah ghairah berkempen soal dua pertiga tetapi minta pengundi sokong supaya kerajaan dapat mandat selesa.
‘‘Mereka juga jangan rasa angkuh dan sombong apabila berdepan dengan rakyat. Persepsi rakyat sebelum ini melihat pemimpin BN angkuh dan mengamalkan rasuah. Ini harus diperbetulkan.
‘‘UMNO dan BN perlu berubah. Isu-isu kontroversi harus diselesaikan secepat mungkin,’’ katanya pada sidang akhbar di Bandar Utama dekat sini, hari ini.
Zahrain berkata, Malaysia sedang menuju negara maju dan pemikiran serta perspektif rakyat kini berbeza berbanding dahulu.
‘‘Dahulu mereka memikirkan soal perkara asas seperti kemudahan jalan raya. Tetapi kini mereka ketengahkan soal kebebasan dan kritikan terbuka.
‘‘Oleh itu, UMNO dan BN yang menunjangi kerajaan ketika ini perlu menentukan masalah serta permintaan rakyat diambil kira,’’ katanya.
Dalam perkembangan lain, katanya, Konsensus Ahli Parlimen Bebas sedia berbincang dengan Barisan Nasional (BN) berhubung PRU13 termasuk soal pembahagian kerusi.
Bagaimanapun, ujarnya, perbincangan itu tidak akan melibatkan pembangkang kerana pembawaan politik mereka yang tidak dapat diterima kalangan ahli konsensus berkenaan.
Kalau tak berpaut kepada Umno nak berpaut kepada siapa.Nak letak muka kat pokok mana , sapa nak tampal poster ha ha.Ini realiti bukan cakap kosong.Dah tak ada muka pemimpin Umno nak nasihat Umno kutip mangkok hayun ni bagi nasihat.Tawadhuk?Eeeeeeee.Puji Umno bodek Umno untuk dapat jadi calon.Jangan lupa bai'ah kalau tidak tak dapat jadi calon Umno!
Sekarang ni segala kitab dan buku agama diselak Umno bukan hanya takat nak selak kain.Persidangan Umno yang lalu segala sejarah Islam dan perkataan yang ala-ala ustaz digunakan Najib kononnya mereka dah angkat martabat Islam bila buat lagu tu.Tapi bila Chua Soi Lek hina hukum Islam lidah mereka jadi kelu takut untuk bagi warning kepada Soi Lek celaka tu.
Ustaz jadi-jadian ni akan betambah mulai sekarang supaya orang Melayu ingat Umno dah bertaubat nasuha daripada menghina hukum Islam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan