Sabtu, 3 Disember 2011

Parti tolak hudud nak buat Bai'ah

Ketika Umno sibuk pilih calon boleh menang pru 13, seorang perwakilan Umno dari Terengganu  syorkan supaya calon-calon Umno pru 13 di bai'ah supaya tak lompat parti bila menang pilihanraya.Sebelum kita komen lebih jauh terlebih dulu kita lihat apa perjuangan Umno parti perkauman Melayu di bumi Malaysia ini.PM Najib yang juga Presiden Umno pernah berkata Malaysia tidak akan laksana hudud.Bolehkah parti tolak hudud, hina hukum hudud berbai'ah atas nama Allah SWT?Bai'ah la bukan ada sapa nak halang.

Adakah orang macam Isa Samad yang terlibat dengan kes salah laku rasuah politik wang dalam perhimpunan Umno berbai'ah tak lompat parti?Saya yakin Isa Samad kalau tak bai'ah pun dia tak lompat parti!Begitu juga dengan Rahim Tahmby Chik jika dipilih jadi calon Umno dalam pru 13 akan datang tidak akan bai'ah kerana orang macam ni tak lompat parti.

Mengapa Umno takut calon boleh menang lompat parti?Kenapa Umno begitu takut hingga terpaksa berbai'ah.Tak malu ka kepada Allah SWT parti tolak hudud nak bai'ah sebut nama Allah SWT?

Setelah Muhyiddin Timbalan Presiden Umno kata pru13 ibu segala pilihanraya dan gesa ahli Umno berjihad kini muncul pula desakan supaya calon Umno pru13 kena bai'ah.Ini menunjukkan Umno dalam keadaan yang amat nazak sangat-sangat.

Bila kuasa diambang kejatuhan mereka guna dan sebut nama Allah SWT untuk kekal berkuasa.Mereka berbai'ah semata-mata takut hilang kuasa.Apabila nyawa sudah dipanggil malaikat Izrail untuk cabut nyawa baru nak bertaubat.

Umno kata 7,000 ahli Pas keluar parti tapi dalam masa yang sama ahli Umno kena berbai'ah takut lompat parti.Kelakar memang ketawa gila ha ha.Ini tandanya masa depan Umno memang gelap macam ketul arang.Main saikologi tak habis-habis depan ahli sendiri.Ini macam Amerika Syarikat serang Iraq dengan alsan Saddam Hussein ada bom nuklear, serang dan bunuh rakyat Afghanistan dengan alasan teroris.Macam perang Vietnam!

Apa dia Bai'ah?Baca di sini dan di sini.


Perwakilan dicadang sumpah Bai'ah tak sabotaj calon-Malaysiakini

Dakwaan sumpah Bai'ah di kalangan pemimpin PAS turut menarik perhatian seorang perwakilan Umno yang membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.
Perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan kepada pucuk kepimpinan juga mengadakan sumpah bai'ah di kalangan perwakilan untuk mengelak parti disabotaj oleh 'pengkhianat' dalam pilihan raya umum.

Bahkan, katanya, bai'ah itu juga bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan berhubung pemilihan calon boleh menang dalam pilihan raya itu.

"Saya cukup yakin, yang bercakap tentang calon, dan yang bercakap sabotaj yang membimbangkan, kita buat sumpah bai'ah supaya tidak ada pengkhianat dalam perjuangan kita ini.

"Kita bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kita sokong calon pilihan pucuk pimpinan dan tak akan sabotaj parti ini setuju," katanya.

Lantas disambut oleh perwakilan yang hadir di Dewan Medeka melaungkan: "Setuju".
"Pembangkang membuat bai'ah juga," tambahnya.
Bercakap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial, Komaruldin berkata ia juga sebagai bukti bahawa Umno tidak pernah mengetepikan perjuangan agama yang berlandaskan Al-Quran dan Al Sunnah.

Katanya, orang yang berani adalah orang yang ikhlas sambil memberi contoh Presiden Umno Datuk Seri Najib pernah bersumpah untuk menafikan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

"Ada ketua umum PKR berani bersumpah. Ada? Dekat mana dia bersumpah?" sindir Komarul.

"Andai kata kita tulus dan mulus, maka sumpah ba'iah adalah sesuatu yang penting untuk mempastikan tiada pengkhianatan dalam parti dan memastikan Umno berkuasa di negara ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan