Jumaat, 23 Disember 2011

Khir Toyo boleh tidur di rumah walaupun dihukum penjara, ikan bilis terus masuk penjara

Rasuah :Khir Toyo dihukum penjara setahun-Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.
Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.
Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.
Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.
Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.
Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.
DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.
Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Lepas tu buat perbandingan dengan kes di bawah;

Dua konstabel terus dibawa ke penjara-myMetro

“Sebagai anggota polis yang memakai lencana ‘Saya antirasuah’ kamu tak sepatutnya terbabit dengan gejala rasuah.


“Sebelum buat apa-apa kesalahan fikir keluarga dan ibu bapa,” nasihat Hakim Rosbiahanin Arifin kepada dua polis konstabel di Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas mereka didapati bersalah atas tuduhan memperoleh rasuah RM350 daripada seorang warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Mohd Ridzuan Zulkifli, 29, dan Md Azale Md Yusof, 27, kemudian dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda RM10,000 selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah turut memerintahkan mereka dikenakan tambahan enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.-myMetro

Khir Toyo didapati bersalah dan dihukum setahun penjara tidak dibawa ke penjara tapi boleh tidur di rumah.Pelaksanaan hukuman boleh tangguh.Tapi nasib dua ikan bilis berbeza terus dibawa ke penjara walaupun hanya makan rasuah RM350.Dunia, dunia! Nasib ikan bilis dengan ikan jerung tak sama walaupun sama-sama didapati bersalah.Ikan bilis modal kecik bukan orang besar macam Khir Toyo jutaaan ringgit .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan