Lepas sorang-sorang suruh Ketua Wanita Umno Shahrizat letak jawatan sebagai menteri selepas pembabitan keluarganya bela lembu NFC rugi RM250 juta.Bukan takat pemimpin parti PR suruh Shahrizat letak jawatan tapi turut didesak pemimpin Umno sendiri.Ada yang kata Shahrizat tahu sendiri jalan keluar bukan dia tak tahu.Nafi sapa pun boleh nafi tapi main dengan desakan semakin kuat sampai bila Ketua Wanita Umno tu mampu bertahan.Bukan takat Sharizat saja yang bersalah tapi masa tu siapa yang luluskan projek tu wajib bertanggungjawab sama.
Dikatakan bahawa projek NFC ini diluluskan zaman Pak Lah jadi PM.Masa tu jawatan Menteri Kewangan ialah Najib Bin Razak (kini PM) dan Muhyiddin Yaasin masa tu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (kini TPM Malaysia).Seorang pensyarah Uitm Shah Alam kata kat saya , 'Hang tau dak kata sapa yang luluskan projek tu kat keluarga Shahrizat?" Kata beliau masa tu Pengerusi Jawatankuasa yang luluskan projek tu ialah Najib Razak selaku Menteri Kewangan bukan orang lain.Betulka?
Sekarang cuba kita lihat perangai pemimpin Umno bila Shahrizat kena hempuk kaw-kaw , macam lembu sondol busut sebab gatai kepala.Mereka mula jauhkan diri daripada Ketua Wanita Umno.Suara lantang si Khairy Ketua Pemuda Umno yang nampak jantan sangat dah semakin lesu .PKR ajak debat pun dia buat bodo ja tak ambil pusing dah.Sementara pemimpin Umno yang lain langsung tak ambik pot niat si Khairy yang jadi pembela Shahrizat.Depa tau dah nasib Shahrizat nak jadi lagu mana.Depa semua suruh Shahrizat berundur cuma signal tu Shahrizat buat-buat tak nampak.
Kalau nak tulih salah laku pemimpin Umno-Bn seleweng duit rakyat saya ingat sepanjang lebuhraya PLUS pun tak cukup.Dari ekoq sampai kepala, kepala sampai ekoq semua sama ja .Cuma kes Shahrizat ni dah tak boleh nak buat apa dah.Kalau selak kain pun dah tak jadi apa dah bukti semua kukuh sampai dalam kelambu.Yang syok tu polis ganti SPRM siasat kes NFC lepas tu siasatan belum habis polis kata kes NFC didapati tiada unsur pecah amanah.Ada ka patut?
Depa boleh senyum bangga lagi walaupun depa buat salah dan ada bukti kukuh.Jauh sekali nak letak jawatan.Maklumlah seronok tidoq atas duit macam Ketua Menteri Sarawak yang didakwa ada aset dalam Malaysia saja ada RM4.6 bilion.Tapi lagi banyak kes skandal PKFZ yang libatkan duit rakyat RM13 bilion!Tu belum kira duit saham Bumi-Melayu lesap RM52 bilion sampai hari tak tahu sapa makan! Takat makan komisen sejuta atau dua juta beli kapal selam tak main la bro..Rakyat biasa disiasat kes rasuah dan belum didapati bersalah dah mati jatuh bangunan.Kesiaaaan.Yang ni serah kat SPRM.Bapa jerung , Mak Jerung serah kat polis siasat.
Tu saya kata zaman Tun Mahathir , zaman Pak Lah dan kini zaman Najib semua sama ja pelingkup wang rakyat.Cuma dalam 3 PM ni zaman sapa kategori paling teruk wang rakyat ditelan kroni Umno-BN.Yang ni boleh dibuat pertandingan.
Kata Tun Mahathir seperti yang dilaporkan Malaysiakini kepada Shahrizat kes lembu,"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti".
"Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.
."Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".
Kita rakyat tiada pilihan .Asalkan Bukan Umno (ABU) kita kena sokong untuk tumbangkan regim tua Umno-Bn dalam pru 13 akan datang.Tak guna nak menyesal-nyesal bila habis pru 13 BN masih berkuasa lagi! Tunggu bila lagi kalau bukan pru 13 kita korbankan BN buat selama-lamanya.
Ya ke nak lenyapkan UMNO buat selama2nya...he,he,,he. Boleh ke UMNO kalah? Esok kalau UMNO dah takde PAS dan PKR tak rindu-rinduan tengok semua pahlawan UMNO gugur dan takde lagi tempat nak bertekak dan bergadoh.. sedangkan PAS dan PKR memang lahir dari PERUT UMNO!!!! Ingat2lah wahai melayu kita nak bersengketa sampai ke tahap mana...jangan menang sorak, kampung tergadai
BalasPadam